Emas capai paras tertinggi, melebihi AS$2,300/auns
Harga emas melepasi paras AS$2,300 (RM10,904) per auns, atau RM384/gram buat pertama kali pada Khamis, setelah ia terus melonjak di sebalik jangkaan bahawa kadar faedah Amerika Syarikat (AS) akan turun tahun ini, selain ketegangan geopolitik yang tinggi.