Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

ba640a117ffcbb1108607a71ee4f3010

1105 Results / Page 93 of 123

Ekonomi

Tempoh mencabar buat pasaran saham domestik, syariah

PETALING JAYA – Tahun 2022 dianggap sebagai tempoh yang lebih mencabar buat pasaran saham domestik dan patuh syariah, berikutan potensi cabaran dari segi polisi, perolehan korporat yang disebabkan cukai baharu dan risiko politik. Ketua Penyelidik Malaysia, CGS-CIMB Securities, Ivy Ng berkata, pasaran tempatan bagaimanapun akan disokong unjuran pertumbuhan ekonomi, kadar vaksinasi yang tinggi dan lebihan kecairan bagi dana ­institusi gergasi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ekoran penamatan kebenaran pengeluaran […]

today21 January 2022

Ekonomi

BNM kekalkan OPR 1.75 peratus

PETALING JAYA – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus selepas mesyuarat hari ini. BNM dalam siaran akhbar yang dikeluarkan berkata, bagi Malaysia, penunjuk berfrekuensi tinggi terkini memperlihatkan kegiatan ekonomi kembali pulih pada suku keempat, sejajar dengan pelonggaran langkah pembendungan pandemik. Jelasnya, untuk tahun 2021, pertumbuhan akan berada dalam julat unjuran tiga hingga empat peratus dan momentum pertumbuhan […]

today20 January 2022

Ekonomi

Proton pengimport, pengedar kenderaan smart

PETALING JAYA – Pengeluar kereta nasional, Proton menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) dengan smart Automobile Company (smart), untuk bekerjasama memperkenalkan kenderaan tenaga baharu (NEV) keluaran smart dalam pasaran automotif ASEAN. Perjanjian itu menyaksikan Proton Edar dilantik sebagai pengimport, pengedar dan wakil jualan untuk smart di Malaysia dan Thailand, manakala anak syarikat milik penuh smat, smart Automobile (Nanning) Sales Co. Ltd. memainkan peranan sebagai pintu masuk untuk smart ke rantau ini. Majlis […]

today19 January 2022

Ekonomi

Pelancong ke Sarawak naik lima kali ganda

PETALING JAYA – Jumlah ketibaan domestik ke Sarawak pada Disember lalu merekodkan peningkatan sebanyak 562 peratus berbanding Disember 2020, menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Jelasnya, pihaknya turut mengharapkan lonjakan yang hampir sama dalam tempoh masa terdekat, iaitu bagi bulan Januari dan Februari tahun ini. “Bermula 14 Januari, jumlah penerbangan ke Sarawak telah meningkat kepada 562 penerbangan seminggu, berbanding hanya 307 […]

today19 January 2022

Ekonomi

Dana RM30 juta Tekun bantu usahawan terjejas banjir

PETALING JAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui agensinya, Tekun Nasional memperuntukkan dana RM30 juta untuk membantu usahawan informal dan mikro yang terjejas akibat banjir. Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pembiayaan pemulihan perniagaan di bawah Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) itu menyediakan pembiayaan sehingga RM10,000 tanpa caj keuntungan, selain moratorium pembayaran pinjaman selama 12 bulan. “SPIM dibuka mulai awal Januari dan setakat ini, seramai 14,906 usahawan […]

today16 January 2022

Ekonomi

MR D.I.Y. jamin kekalkan harga

PETALING JAYA – Dalam persekitaran inflasi yang sema­kin meningkat, seterusnya membawa kepada peningkatan harga pelbagai barangan keperluan, peruncit perkakasan rumah terbesar di Malaysia, MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.) memberi jaminan harga jualan di kedainya tidak akan dinaikkan. Ia menerusi inisiatif ‘Harga Dikunci: Harga Kami Tetap Sama’ yang dilancarkan syarikat baru-baru ini, menjanjikan pengekalan harga rendah di ketiga-tiga jenama kedainya, iaitu MR. D.I.Y., MR. TOY dan MR. DOLLAR sehingga […]

today10 January 2022

Ekonomi

Roslan Abdullan Timbalan CEO Proton

PETALING JAYA – Proton mengumumkan pelantikan Roslan Abdullah sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bermula 1 Januari 2022. Beliau sebelum ini menjawat Naib Presiden, bahagian Pemasaran dan Jualan untuk Proton dan juga sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Proton Edar Sdn. Bhd. sejak 1 Jun 2020. Pemegang ijazah Sarjana Kewangan dan Perakaunan daripada Universiti Brighton, United Kingdom itu mempunyai pengalaman selama tiga dekad dalam bidang automotif termasuk di Motosikal dan Enjin Nasional […]

today6 January 2022

Ekonomi

MAHB salur RM3.7 juta buat kakitangan terjejas banjir

PETALING JAYA – Malaysia Airports menyediakan peruntukan RM3.7 juta untuk membantu kakitangannya yang terjejas ekoran bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung baru-baru ini. Ia termasuk RM3 juta sumbangan tunai kepada 1,034 kakitangan Malaysia Airports yang terlibat serta pelbagai jenis bantuan dijalankan semasa banjir seperti misi menyelamat, penyediaan penempatan sementara, bantuan keperluan asas dan pembersihan kediaman yang terjejas. Sejumlah RM700,000 turut diagihkan melalui program Zakat Wakalah kepada mangsa yang […]

today6 January 2022

Ekonomi

Tengku Ahmad Badli Shah CEO baharu Agrobank

PETALING JAYA – Agrobank mengumumkan pelantikan Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkuatkuasa 3 Januari 2022. Berbekalkan 29 tahun pengalaman dalam bidang perbankan dan kewangan, Tengku Ahmad Badli Shah merupakan seorang yang berkaliber dan berpengalaman serta mempunyai sejarah prestasi yang membanggakan dalam industri. Sebelum berkhidmat di Agrobank, beliau telah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan di beberapa institusi kewangan di Malaysia iaitu Pelaburan Mara Berhad, Kuwait […]

today5 January 2022