Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

ba640a117ffcbb1108607a71ee4f3010

1105 Results / Page 99 of 123

Ekonomi

KWSP perkenal ciri baharu i-Invest

PETALING JAYA – Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menggunakan kemudahan layan diri i-Invest KWSP kini boleh membeli sehingga lapan dana unit amanah daripada maksimum lima Institusi Pengurusan Dana (IPD) dalam satu transaksi pembelian. Ciri baharu itu membolehkan ahli mengakses kemudahan i-Invest dengan lebih baik ketika membuat pilihan pelaburan. KWSP dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, walaupun ahli boleh membeli dana unit amanah dari lebih daripada satu […]

today25 October 2021

Ekonomi

Malakoff, Gas Malaysia bangunkan syarikat usaha sama

PETALING JAYA – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) dan Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia) mengumumkan pembentukan syarikat kerjasama (JVCo), Malakoff – Gas Malaysia Cogen O&M Sdn. Bhd. bagi menyediakan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan (O&M) bagi kilang cogeneration di Malaysia. Malakoff merupakan penyedia perkhidmatan tenaga, air dan alam sekitar multi nasional de­ngan memfokuskan kepada penjanaan tenaga, nyahgaram air, O&M dan alam sekitar. Sementara Gas Malaysia dilesenkan di bawah Akta Bekalan Gas 1993 […]

today14 October 2021

Ekonomi

Rakyat makin sukar menabung kerana kesan pandemik

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia berdepan kesukaran untuk menyimpan sebahagian daripada pendapatan mereka, meskipun terdapat kesedaran yang semakin meningkat mengenai kepentingan menyimpan, menurut Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) 2021. Pengasas Bersama dan Pe­ngarah RinggitPlus, Hann Liew berkata, kaji selidik yang melibatkan 3,033 responden di seluruh negara itu menunjukkan masyarakat semakin kurang ­menyimpan berbanding kajian sama yang dilakukan tahun lalu. Ini berkemungkinan besar di­sebabkan olehkesan ekonomi daripada Covid-19. “Hanya 15 […]

today14 October 2021

Ekonomi

Perlu pertimbang kriteria baharu pembiayaan PKS

PETALING JAYA – Kerajaan dan institusi kewangan disaran mempertimbangkan pengenalan syarat-syarat baharu yang lebih relevan bagi meluluskan bantuan pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam suasana ekonomi luar biasa kini. Pengarah dan Pengasas Bersama Orpheous Capital Sdn. Bhd., Muhammad Hamudi Abdul Khalid berkata, antara kriteria yang boleh dilihat adalah prestasi perniagaan sebelum pandemik. Jelasnya, ketika kadar vaksinasi populasi dewasa negara telah mencapai 90 peratus dan pelbagai sektor ekonomi mula […]

today14 October 2021

Ekonomi

Capai keseimbangan pemulihan, kelestarian dalam Bajet 2022

PETALING JAYA – Pembentangan Bajet 2022 yang dijadualkan pada hari Jumaat, 29 Oktober ini diharapkan dapat mencapai keseimbangan dalam soal keperluan untuk memulihkan ekonomi dan usaha mencapai kelestarian pada masa depan. Penganalisis Ekonomi dan Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, dua aspek ini dijangka menjadi fokus bajet kali ini, berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang telah diumumkan sebelum ini. Jelas beliau, RMK-12 dilihat […]

today13 October 2021

Ekonomi

Pelanggan bertuah MR D.I.Y. menang Proton X50

PETALING JAYA – Seorang kakitangan khidmat pelanggan, Syed Muhd. Tirmizi, 27, tidak pernah menyangka penyertaan tunggal yang dihantarnya untuk pe­raduan MR D.I.Y. x P&G Buy & Win 2.0 baru-baru ini telah berjaya memberi tuah sekali gus membo­lehkan dia membawa pulang ha­diah utama sebuah Proton X50. Warga Kuching, Sarawak itu berkata, ini merupakan kali pertama dia memenangi peraduan sepanjang hidupnya. “Saya sudah pun memiliki kenderaan sendiri, jadi hadiah ini akan diberikan […]

today13 October 2021

Ekonomi

MAB, SEGi perkasa bakat industri penerbangan

PETALING JAYA – Malaysia Airlines Berhad (MAB) menandatangani perjanjian dengan SEG International Group Sdn. Bhd. (SEGi) semalam bagi membangunkan serta memperkasa tenaga kerja dalam industri penerbangan. Kerjasama tersebut melibatkan program penempatan latihan industri, penganjuran lawatan industri dan acara, pembangunan agenda akademik yang menerapkan modul pembelajaran hasil pertukaran pengetahuan, kajian dan pembangunan produk serta aktiviti promosi dan pemasaran yang dilakukan secara bersama. Menerusi memorandum persefahaman yang ditandatangani, penuntut SEGi beroleh manfaat […]

today12 October 2021

Ekonomi

PTP terima kunjungan kapal kontena terbesar dunia

PETALING JAYA – Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), anggota Kumpulan MMC, menjadi pelabuhan pertama di rantau Asia Tenggara untuk menerima kehadiran salah satu daripada kapal kontena terbesar dunia, Ever Ace milik Evergreen Marine Corporation. Ever Ace dengan panjang hampir 400 meter dan lebar 61.5 meter mampu belayar pada kelajuan sehingga 22.6 knot itu memiliki kapasiti 23,992 unit bersamaan 20 kaki (TEU). Kapal tersebut sebelum ini berlabuh di Colombo, Sri Lanka sedang melaksanakan […]

today12 October 2021

Ekonomi

Permintaan untuk penerbangan domestik melonjak

PETALING JAYA – Permintaan untuk penerbangan domestik daripada rakyat selepas hampir setahun tidak dibenarkan merentas negeri kembali melonjak dengan ketara mulai semalam. Aplikasi SuperApp AirAsia menyaksikan pertumbuhan trafik melebihi 140 peratus selepas pengumuman pembukaan sempadan oleh Perdana Menteri kelmarin, dengan destinasi pa­ling popular adalah Kuala Lumpur, Langkawi, Kota Kinabalu, Kuching, Kota Bharu dan Pulau Pinang. Menurut AirAsia, sebagai permulaan, pihaknya akan mengendalikan 61 penerbangan harian ke 16 destinasi domestik terma­suk […]

today12 October 2021