Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

d6a573bfca2b3ca3b061dcddf99f6ec1

146 Results / Page 11 of 17

Buletin

Muhammad Harraz disahkan alami strok haba

Alor Setar: Kanak-kanak tiga tahun yang meninggal dunia dalam kereta, kelmarin disahkan mengalami strok haba akibat cuaca panas melampau dan kenderaan tiada pengudaraan. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, punca kematian itu diperoleh hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, semalam. Katanya, pakar menemukan ciri strok haba pada mangsa, namun pihak hospital mengambil beberapa sampel untuk dianalisis lebih lanjut di... […]

today18 March 2021

Buletin

Nanas kembar lapan [METROTV] | Harian Metro

Alor Setar: "Saya tak sangka nanas yang terhasil dari ribuan pokok yang diusahakan bersama bapa mentua sejak setahun lalu mengeluarkan buah kembar lapan," kata Mohd Fahrul Razi Ahmad, 34. Menurutnya, dia menanam lebih 2,000 pokok nanas pelbagai jenis di tanah lapang seluas 0.5 hektar di Kampung Sungai Baru, di sini, sejak tiga tahun lalu. Katanya, dia tidak menyangka beberapa pokok nanas mengeluarkan buah unik kembar lapan yang berbentuk seperti kipas. […]

today17 March 2021

Buletin

Reda hati dikebumi bersama jasad Mohd Afiq

Sungai Petani: "Walaupun hati saya dikebumikan bersama jasad Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini, saya doakan rohnya tenang di sana. "Mungkin arwah boleh bantu di sana nanti sebab dosa saya banyak. Malah, saya sudah halalkan hati itu sejak niat saya untuk mendermakan pada arwah dulu," kata Wan Hafizam Wan Ismail, 45. Wan Hafizam berkata, dia gelisah melihat keadaan Mohd Afiq sejak dia tidak sedarkan diri, malah tidak dapat tidur lena sejak […]

today2 March 2021

Buletin

Reda hati dikebumi bersama jasad Mohd Afiq [METROTV]

Sungai Petani: "Walaupun hati saya dikebumikan bersama jasad Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini, saya doakan rohnya tenang di sana. "Mungkin arwah boleh bantu di sana nanti sebab dosa saya banyak. Malah, saya sudah halalkan hati itu sejak niat saya untuk mendermakan pada arwah dulu," kata Wan Hafizam Wan Ismail, 45. Wan Hafizam berkata, dia gelisah melihat keadaan Mohd Afiq sejak dia tidak sedarkan diri, malah tidak dapat tidur lena sejak […]

today2 March 2021

Buletin

Jurutera rugi RM20,000 ditipu ‘kawan’

Alor Setar: Jurutera sebuah syarikat di Kulim Hi Tech dekat sini, kerugian RM20,000 selepas menerima mesej WhatsApp daripada lelaki yang menyamar sebagai 'kawan' bernama Zamri yang terdesak mahu meminjam wang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah Superintendan Elias Omar berkata, mangsa berusia 56 tahun itu menerima mesej berkenaan pada 8.36 malam tadi ketika dia berada di sebuah pasar raya di Jalan Pegawai di sini. Menurutnya, dia menerima mesej daripada 'kawan' […]

today28 February 2021

Buletin

Bomba selamatkan lima individu tersesat ketika daki bukit

Baling: Bomba berjaya menemui lima individu termasuk dua kanak-kanak yang dipercayai tersesat di kawasan bukit di Kampung Tandop, di sini, semalam. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu pada 7.49 malam tadi. Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling yang diketuai... Klik untuk […]

today26 February 2021

Buletin

Mati dikelar, atau ditetak dengan parang

Alor Setar: Polis mengesahkan warga emas berusia 73 tahun yang mati dipercayai dibunuh seorang lelaki sebelum mayatnya ditemui di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti dekat sini, semalam dikelar atau ditetak dengan parang. Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, berdasarkan laporan bedah siasat mendapati, mangsa dipercayai mengalami kecederaan pada leher akibat tekanan objek tajam. Beliau berkata, kes masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun... Klik […]

today24 February 2021

Buletin

Sudah 4 jam, bomba masih cuba padamkan api

Sungai Petani: Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sejak empat jam lalu dilaporkan sedang berusaha memadam kebakaran yang berlaku di ladang kelapa sawit berhampiran SP Saujana, di sini. Ladang kelapa sawit itu dianggarkan seluas empat hektar. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 9.35... Klik untuk […]

today24 February 2021

Buletin

Identiti mangsa kes bunuh dikenal pasti

Alor Setar: Mangsa kes pembunuhan kejam yang ditemukan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti, di sini malam tadi, dikenal pasti sebagai Chua Hock Soon @ Chua Leok Eng, 73. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa dilaporkan menetap di Jalan Simpang Empat, di sini. Menurutnya, suspek berusia 30-an pula tinggal di kawasan perumahan awam Mergong. "Siasatan mengenai motif kejadian sedang dijalankan," katanya ketika […]

today24 February 2021