Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

d6a573bfca2b3ca3b061dcddf99f6ec1

146 Results / Page 12 of 17

Buletin

Penuntut Nigeria ditahan kerana rentas daerah, positif dadah

Alor Setar: Seorang penuntut warga Nigeria ditahan polis kerana kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila merentas daerah ke bandar raya ini pada 11 Februari lalu. Penuntut lelaki berusia 34 tahun yang sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) itu ditahan di Plaza Tol Utara dari Changlun, Jitra ketika menaiki kereta bersama teman wanitanya yang juga warga tempatan berusia 24 tahun pada 3.30 petang. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten […]

today19 February 2021

Buletin

Anggota bomba pengsan selepas operasi memadam kebakaran

Sungai Petani: Seorang anggota bomba pengsan akibat mengalami strok haba selepas melakukan operasi pemadaman kebakaran sebuah bengkel di Jalan Batu Lintang, di sini, pagi tadi. Berikutan itu, anggota terbabit, Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Muhamad Fafzdirul Zulkifli, 24, dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu terpaksa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapat rawatan lanjut. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat... Klik untuk […]

today17 February 2021

Buletin

12 lelaki memburu secara haram ditahan

Sik: Dua belas lelaki ditahan kerana memburu secara haram di Hutan Rizab Ulu Muda di sini, semalam. Semua mereka berusia antara 30 hingga 40-an ditahan dalam Ops Sepadu Khazanah Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara bersama Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Pegawai Pemerintah Batalion 3, PGA Briged Utara, Superintendan Rosman Kasman berkata, pihaknya menahan pemburu berkenaan pada 3.15 pagi, susulan maklumat diperoleh mengenai kegiatan... Klik […]

today14 February 2021

Buletin

Bayi perempuan ditinggalkan di tokong

Alor Setar: "Saya dengar sayup seperti suara anak kucing, mulanya saya ingat orang nak usik sebab bunyi tu sekejap ada, sekejap hilang. "Namun tidak lama kemudian, bunyi tangisan itu kedengaran sekali lagi sebelum saya ternampak ada beg galas ungu atas bangku di tokong di Kampung Hilir, Kubang Rotan. Saya dapati ada bayi perempuan dibalut kain batik," kata Mohd Hanif Zaini, 29. Dalam kejadian 4.35 petang itu, Mohd Hanif sedang berjoging […]

today6 February 2021

Buletin

Bayi perempuan ditinggalkan di tokong [METROTV]

Alor Setar: "Saya dengar sayup seperti suara anak kucing, mulanya saya ingat orang nak usik sebab bunyi tu sekejap ada, sekejap hilang. "Namun tidak lama kemudian, bunyi tangisan itu kedengaran sekali lagi sebelum saya ternampak ada beg galas ungu atas bangku di tokong di Kampung Hilir, Kubang Rotan. Saya dapati ada bayi perempuan dibalut kain batik," kata Mohd Hanif Zaini, 29. Dalam kejadian 4.35 petang itu, Mohd Hanif sedang berjoging […]

today6 February 2021

Buletin

Jangan cuba palsukan surat kebenaran rentas negeri, daerah

Alor Setar: Polis akan memperketatkan pemeriksaan di lima sekatan jalan raya (SJR) di daerah ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disambung sehingga 18 Februari ini. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, individu yang tidak mempunyai surat kebenaran merentas negeri atau daerah akan diarah berpatah balik atau kompaun RM1,000 akan dikenakan. Beliau berkata, tidak dinafikan akan ada individu yang cuba untuk merentas negeri berikutan... […]

today4 February 2021

Buletin

Dicekup menumpang di rumah rakan lelaki

Kulim: "Kami cuma nak tumpang," itulah alasan yang diberikan wanita dan seorang remaja perempuan ketika ditahan selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah sewa di Taman Desa Impiana di sini, hari ini. Kedua mereka termasuk remaja perempuan berusia 15 tahun itu gagal membuktikan hubungan mahram atau suami isteri dengan dua lelaki yang menyewa rumah berkenaan ketika diperiksa anggota Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK). Dalam pemeriksaan pada 2.45 pagi itu, wanita berusia […]

today2 February 2021

Buletin

Awat angpa ketegaq…?

Alor Setar: Tindakan degil segelintir kaki pancing mengundang padah apabila beberapa bot dinaiki mereka diarah berpatah balik di perairan Kuala Kedah, di sini, akibat ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today29 January 2021

Buletin

Kompaun RM1,000, diarah patah balik jika tiada surat kebenaran rentas negeri

Alor Setar: Diarah patah balik dan kompaun RM1,000 akan dikenakan terhadap pengguna jalan raya yang tidak mempunyai surat kebenaran polis ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di daerah ini. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, tindakan serius terpaksa dilakukan kerana pihaknya tidak mahu ada yang cuba mengambil kesempatan masuk ke Alor Setar tanpa kebenaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Beliau berkata, daerah ini... […]

today13 January 2021