Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

d6a573bfca2b3ca3b061dcddf99f6ec1

146 Results / Page 15 of 17

Buletin

Guna surat tamat tempoh kutip derma

Alor Setar: Lelaki ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam (JAIK) kerana disyaki mengutip tanpa kebenaran di hadapan sebuah bank di Pekan Jitra hari ini. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAIK Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya menerima aduan awam berhubung kegiatan lelaki berusia 63 tahun itu sebelum melakukan pemeriksaan lanjut. Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati lelaki yang berasal dari Perak dan menetap di Sungai Petani itu dikatakan menggunakan... Klik […]

today19 November 2020

Buletin

Penyeludup ketum ditahan anggota ATM

Padang Terap: Empat lelaki yang cuba menyeludup daun ketum ke negara jiran ditahan di kawasan ladang getah Durian Burung di sini, oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Ops Benteng, jam 3 petang semalam. Ketika ditahan, suspek berada di lokasi bersama longgokan guni berisi daun ketum. Pada masa sama, tiga anggota ATM dari Kem Sahara, Durian Burung turut diserang seorang daripada suspek ketika dihampiri namun dapat dipatahkan. Pemeriksaan kemudiannya menemui […]

today17 November 2020

Buletin

Baru tiga hari kenal, dah ikut lelaki…

Alor Setar: Baru tiga hari kenal, seorang remaja perempuan sudah berani mengikut lelaki yang baru dikenalinya ke sebuah bilik sewa di Jalan Langgar, di sini. Difahamkan, sebelum itu, pelajar tingkatan satu terbabit memberi alasan kepada ibunya hendak keluar sebentar sebelum mengikut lelaki yang dikenali melalui WhatsApp selepas diperkenalkan oleh rakannya. Bilik yang agak sempit dan padat itu dipercayai disewa pada harga RM50 semalam oleh salah seorang lelaki. Bagaimanapun, remaja berusia... […]

today16 November 2020

Buletin

Banjir kilat, bomba pindahkan 13 penduduk

Kulim: Seramai 13 individu daripada dua keluarga dipindahkan pasukan bomba dan penyelamat ke Masjid Sungai Seluang, di sini selepas rumah mereka ditenggelami banjir di Kampung Bukit Sarang Ayam, Lunas, hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.19 pagi. Katanya, sepasukan enam anggota dari Balai... Klik […]

today15 November 2020

Buletin

5 ditahan buat ancaman jenayah, provokasi terhadap anggota JPJ

Jitra: Polis menahan lima individu termasuk empat sekeluarga untuk membantu siasatan kerana disyaki melakukan ugutan jenayah, khianat dan kekerasan jenayah terhadap anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di hadapan sebuah pasar raya di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, kejadian berlaku pada 6.15 petang selepas empat anggota penguat kuasa JPJ menahan van yang dinaiki mereka di hadapan sebuah pasar raya di Bandar Darulaman, di... Klik […]

today13 November 2020

Buletin

Pesara polis hilang ditemui selamat

Sik: Pesara polis yang dilaporkan hilang dalam kebun getah di Kampung Batu Besar, Jalan Parit Panjang, Mukim Teloi, di sini, semalam ditemui selamat, hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa, Wahab Yaacob, 65, ditemui penduduk kampung sekitar 8.30 pagi tadi. Menurutnya, ketika itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) […]

today10 November 2020

Buletin

Dua kantoi mencuri dalam pasar raya

Kulim: Dua lelaki ditahan ketika sedang mencuri barangan di dalam pasar raya di Sungai Limau, Lunas, hari ini. Kejadian berlaku pada 4 pagi ketika anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim melakukan rondaan di kawasan Taman Makmur dan menerima maklumat ada cubaan memecah masuk pasar raya itu. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, ketika sampai di lokasi, anggota terbabit mendapati pintu belakang pasar raya […]

today28 October 2020

Buletin

Lelaki jatuh Sungai Korok ditemui lemas

Jitra: Lelaki berusia 40 tahun yang terjatuh ke dalam Sungai Korok, di sini, semalam ditemui lemas hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mayat mangsa ditemui jam 7.59 pagi di Kampung Budi, dekat sini. Mayat itu ditemui anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra yang diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba Bustan Karudin […]

today25 October 2020

Buletin

Mat Ket akhirnya ditahan polis

Pendang: Tokan dadah dikenali sebagai "Mat Ket" yang diburu polis akhirnya berjaya ditahan dalam serbuan di tepi jalan Kampung Dato Syed Ahmad, Mukim Padang Peliang, Sungai Tiang, semalam. Dalam serbuan 2 petang itu, suspek berusia 20-an itu dalam perjalanan untuk menghantar bekalan dadah kepada penagih di sekitar kawasan itu. Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, sepasukan anggotanya dari Balai Polis Sungai Tiang berjaya mengesan suspek dan […]

today25 October 2020