Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

f9bf2fab1e7887209653163be3e5840f

126 Results / Page 8 of 14

Buletin

Isteri sakit, anak dicabul | Harian Metro

Kuala Lumpur: Penderitaan dua beradik yang menjadi mangsa cabul bapa kandung mereka sejak lima tahun lalu di Kedah berakhir apabila suspek ditahan polis, Ahad lalu. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, suspek berusia 51 tahun itu melakukan perbuatan itu sejak lima tahun lalu ketika anaknya masingt-masing baru berusia 12 dan 14 tahun. Menurutnya, suspek […]

today24 February 2021

Buletin

Tak pernah arah tutup hotel ketika PKP

Kuaa Lumpur: Kerajaan tidak pernah mengarahkan hotel ditutup ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu terpulang kepada pengusaha sama ada mahu membuka operasi perniagaan atau sebaliknya. Menurutnya, kerajaan tidak pernah mengarahkan hotel ditutup, sama ada di kawasan PKP, PKP Bersyarat (PKPB) atau PKP Pemulihan (PKPP) sebaliknya hotel sentiasa boleh beroperasi "Bagaimanapun, jika ada hotel tidak... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today23 February 2021

Buletin

Lelaki belasah isteri, campak anak berusia dua tahun

Gombak: Hanya kerana perselisihan faham seorang lelaki tergamak memukul isteri dan anaknya di kediaman mereka di Rawang, di sini, Rabu lalu. Malah dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, suspek berusia 34 tahun turut tergamak mencampak seorang lagi anak mereka berusia dua tahun ke tilam. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, wanita berusia 32 tahun pada mulanya berselisih faham dengan suaminya sebelum suspek yang hilang kawalan memukul mangsa […]

today20 February 2021

Buletin

Hotel bersekongkol tawar khidmat seks wanita asing guna WeChat

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka menahan empat wanita asing yang menawarkan khidmat seks melalui aplikasi WeChat dalam serbuan di sebuah hotel di Taman Kota Laksamana Jaya, Melaka, semalam. Bilik hotel berkenaan disewa khas oleh bapa ayam dengan bayaran RM90 semalam dan dikatakan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan bermula jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam. Timbalan Pengarah Imigresen Melaka, K Visnutharan berkata, Ops Gegar itu dilaksanakan Bahagian... […]

today20 February 2021

Buletin

TUDM bantu hantar makanan ke rumah panjang

Kuala Lumpur: Sebuah helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Udara Labuan diaturgerak bagi melaksanakan misi bantuan penghantaran bekalan makanan dan keperluan asas kepada dua penempatan rumah panjang di daerah Bintulu, Sarawak. Ia susulan mereka terputus bekalan makanan akibat sekatan pergerakan 14 hari dikenakan kepada penduduk rumah panjang Ugop Ak Umpin dan Rh Saba Ak Mergibagi bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di Sarawak. TUDM dalam satu kenyataan berkata,... Klik […]

today19 February 2021

Buletin

‘Jika tak capai sasaran kutipan, gaji penjaga mesin judi dikurang’

Serdang: Kedai mesin judi yang baru beroperasi seminggu lalu di Jalan Kenari 3, Puchong, di sini, diserbu Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bersama Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, hari ini. Serbuan dilakukan pada 6.50 petang selepas MBSJ menerima aduan melalui emel berkaitan kegiatan premis terbabit sebelum menyerbu kedai mesin judi itu. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, dua […]

today19 February 2021

Buletin

Peruntukan RM550,000 laksanakan 253 Program Tuisyen Rakyat

Kuala Lumpur: Yayasan Bank Rakyat (YBR) memperuntukkan hampir RM550,000 bagi 253 Program Tuisyen Rakyat sepanjang tahun lalu di seluruh negara, walaupun ketika pandemik Covid-19. Program tuisyen itu dijalankan secara norma baharu (pembelajaran secara dalam talian) iaitu pembelajaran secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPdR) bertujuan untuk membantu meningkatkan keyakinan pelajar menjawab soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 'Program Tuisyen Road To Success' itu... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today19 February 2021

Buletin

Harga RON95 dan RON97 naik 4 sen, diesel kekal

Kuala Lumpur: Harga runcit petrol RON95 naik empat sen kepada RM2 seliter berbanding RM1.96 bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 26 Februari depan. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga RON97 turut naik empat sen daripada RM2.26 kepada RM2.30 seliter. Menurutnya, harga runcit diesel pula kekal pada paras RM2.15 seliter. "Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan... Klik […]

today19 February 2021

Buletin

MQA beri jaminan kualiti pendidikan tidak terjejas

Kuala Lumpur: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) memberi jaminan kualiti pendidikan tinggi negara tidak akan terjejas berikutan pandemik Covid-19. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, pihaknya sentiasa memastikan institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan memberi keutamaan kepada kualiti pendidikan tanpa menjejaskan keselamatan dan kesihatan penuntut. Menurutnya, MQA menyediakan garis panduan kepada IPT dalam menyampaikan sesi pengajaran dan pembelajaran... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today18 February 2021