Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

f9bf2fab1e7887209653163be3e5840f

126 Results / Page 9 of 14

Buletin

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 bentang tiga taklimat

Kuala Lumpur: Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 mengadakan mesyuarat, hari ini secara kehadiran fizikal dan sidang video dengan tiga pembentangan taklimat diadakan. Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021, Tun Arifin Zakaria mempengerusikan mesyuarat dengan kehadiran penuh semua 19 Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021. Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dalam kenyataan berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 ini menerima pembentangan tiga... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today18 February 2021

Buletin

11kg ganja dirampas daripada empat suspek

Kuala Lumpur: Polis menumpaskan sindiket pengedaran ganja susulan penahanan tiga lelaki dan seorang wanita di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan merampas dadah bernilai RM27,672, petang kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, sepasukan polis dari JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menahan suspek berusia 20 hingga 23 tahun pada jam 2.35 petang hasil maklumat dan risikan. Menurutnya, hasil... Klik […]

today18 February 2021

Buletin

Buat hal betul lah…

Gombak: Tindakan seorang lelaki dan wanita melarikan diri daripada sekatan jalan raya (SJR) dipercayai kerana mabuk, mengundang padah apabila mereka ditahan polis, malam tadi. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today17 February 2021

Buletin

Onar dua pekerja bengkel warga asing

Gombak: Polis menahan dua pekerja bengkel membaiki kenderaan warga Pakistan kerana memiliki komponen dan kenderaan curi, semalam. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, penahanan suspek berusia 30 dan 32 tahun itu susulan laporan polis diterima pada 21 Oktober tahun lalu oleh wanita berusia 51 tahun yang kehilangan kereta Perodua Kancil dipercayai dicuri di hadapan restoran di Bandar Baru Rawang. Menurutnya, bertindak atas maklumat, pada 2 petang semalam,... […]

today17 February 2021

Buletin

Gambar usung keranda rentas daerah tular semula

Gombak: Gambar beberapa orang mengusung keranda melepasi batu penghadang jalan didirikan di Kilometer 20, Jalan Rawang–Sungai Choh bukan kejadian baharu, sebaliknya sudah ditularkan beberapa kali di media sosial. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menyedari gambar itu tular semula hari ini dan mendapati gambar sama pernah tular pada 30 Januari dan 3 Februari lalu. Menurutnya, sebagai makluman, batu penghadang itu dipasang pada 13 Januari lalu di... […]

today17 February 2021

Buletin

Jumpa botol berbau petrol, kesan simbahan di hadapan kereta terbakar

Kuala Lumpur: Polis membuka kertas siasatan berkaitan kes khianat susulan kebakaran tujuh kenderaan di Blok D Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Jalan Pantai, di sini, hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, polis menerima maklumat berhubung kes khianat dengan api itu pada 12.45 tengah hari selepas wanita memaklumkan berlaku kebakaran di tempat letak kereta. Menurutnya, pihak polis pergi ke lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati... […]

today17 February 2021

Buletin

NTV7 masih beroperasi | Harian Metro

Kuala Lumpur: Media Prima Berhad ingin menjelaskan tiada perubahan kepada pemilikan saluran televisyen di bawah Rangkaian Televisyen Media Prima iaitu Natseven TV Sdn Bhd (NTV7) dan ia juga tidak berhenti operasi seperti tanggapan dan laporan sesetengah pihak. Media Prima Berhad dalam kenyataannya berkata, ini susulan daripada berita pelancaran DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (DidikTV KPM) esok. Menurutnya, DidikTV KPM adalah kolaborasi komersil strategik antara Media Prima dan KPM... Klik untuk baca […]

today16 February 2021

Buletin

Mahu lari, tapi langgar tembok batu

Gombak: Tindakan seorang lelaki cuba melarikan diri ketika melalui pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) di Desa Jaya, di sini, gagal apabila kenderaan dipandu merempuh tembok penghadang jalan, hari ini. Dalam kejadian 12.45 tengah malam, anggota polis menahan Proton Wira dipandu lelaki berusia 45 tahun selepas dilihat mencurigakan. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, anggota polis bertugas mengarahkan suspek memberhentikan kenderaannya di bahu jalan bagi... Klik untuk […]

today14 February 2021

Buletin

Ramai pekerja asing melepak di ibu kota

Kuala Lumpur: Orang ramai yang kebanyakan warga asing dilihat masih ramai berkumpul dan bersiar-siar pada cuti Tahun Baru Cina meskipun ibu kota masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini. Walaupun jumlah mereka tidak seramai seperti sebelum Covid-19 melanda negara namun kelibat warga asing terutama warga Bangladesh, Nepal dan Pakistan tetap ada di sekitar Jalan Tun Tan Sew Sin dan Leboh Pudu. Tinjauan Harian Metro mendapati mereka membanjiri kawasan […]

today12 February 2021