Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Awas! Kongsi Pengepit Kuku Boleh Berisiko Sebarkan Hepatitis C

today16 January 2021

Background

Berkongsi adalah satu amalan yang mulia. Namun tidak semua benda kita boleh kongsi dengan orang lain tidak kira ahli keluarga atau teman rapat sekali pun. Kalau berkongsi rezeki amatlah dialukan untuk kita buat lebih lagi kepada mereka yang memerlukan tetapi tidak untuk barangan peribadi. Barangan peribadi seperti tuala, berus gigi dan sikat adalah sangat tidak elok jika dikongsi meskipun suami atau isteri sendiri. Ada satu benda yang sering kita lupa dan ia selalu dikongsi iaitu pengepit kuku.

Dalam sebuah rumah sekurangnya akan ada satu pengepit kuku yang akan dikongsi oleh ibu ayah, kakak abang atau suami isteri dan anak-anak kerana beranggapan pengepit kuku bukanlah salah satu barangan peribadi. Hentikan tabiat ini!

Tahukan anda bahawa, tabiat berkongsi pemotong kuku ini sebenarnya adalah satu tabiat yang bukan sahaja tidak sihat, malah membahayakan. Sebenarnya pengetip kuku adalah sama seperti baju, tuala, sikat, pisau cukur dan alatan peribadi lainnya, yang tidak wajar dikongsi kerana boleh mengakibatkan jangkitan penyakit.

Alatan lain kedengaran logik kerana ia berisiko memindahkan kuman yang berada pada permukaan kulit kita ke kulit orang lain, namun bagaimana pula dengan pengetip kuku? Apakah risikonya? Berkongsi pengetip kuku menambahkan risiko anda dijangkiti penyakit yang boleh merebak melalui darah seperti Hepatitis C (HCV).

Bagaimanapa pula ianya terjadi? Secara ringkasnya ia mungkin terjadi sekiranya bahagian kuku atau jari anda terluka sewaktu memotong kuku. Rongga atau bukaan pada kulit walaupun kecil sehingga mampu mengalirkan darah sebenarnya membuka ‘ruang’ untuk anda dijangkiti penyakit tersebut.

Selain itu anda juga berisiko dijangkiti kuman kuku jenis HPV jika berkongsi pengetip kuku. Mana tidaknya, pengetip kuku digunakan pada area kotoran yang bersembunyi disebalik jari. Oleh itu, saranan kami hentikan berkongsi kuku dengan sesiapa sahaja. Tanamkan didalam diri anda ia adalah alatan peribadi yang tidak sesusi dikongsikan kepada orang lain.

Baca juga:

Awas Jika Air Kencing Berbuih!

Amalkan Corak Pemakanan Ni Untuk Elakkan Buah Pinggang Rosak Cepat

 

 

 

Sumber: Hello Doktor

Written by: Adinna


Previous post

Buletin

Sila pulang semula komponen, barangan kapal lama

Kuantan: Rangka kapal yang ditemukan selepas banjir surut di Kampung Penjom, Kuala Lipis kira-kira 220 kilometer dari sini pada dua hari lalu, dianggarkan dibina pada abad ke-18 dan ke-19. Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara (JWN) Mesran Mohd Yusop berkata, kapal yang diperbuat daripada binaan kayu dan tembaga itu berkemungkinan besar ialah kapal dagang milik Inggeris atau digunakan oleh pembesar pada zaman terbabit. Ia berdasarkan penemuan kepingan plat besi bertulis Vivian & […]

today16 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *