
Mulai tahun 2026 ini, kerajaan wilayah pulau Bali merancang untuk menilai kemasukan pelancong antarabangsa berdasarkan kemampuan kewangan, tempoh penginapan serta aktiviti yang dirancang.
Ia merupakan satu langkah yang menurut pihak berkuasa bertujuan memulihkan ketertiban dan kelestarian di salah satu destinasi percutian paling popular di dunia, petik Jakarta Globe.
Gabenor Bali, Wayan Koster, berkata dasar tersebut akan mewajibkan pelawat asing membuktikan mereka mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, termasuk semakan simpanan bagi tempoh tiga bulan sebelumnya, sebagai sebahagian daripada syarat kemasukan.
“Salah satu aspek pelancongan berkualiti ialah jumlah wang dalam akaun simpanan pelawat sepanjang tiga bulan lalu,” kata Koster pada Khamis semasa satu acara berkaitan pelancongan di Gianyar.
Pihak berkuasa juga akan menilai tempoh penginapan yang dirancang oleh pelancong serta aktiviti yang ingin dijalankan sepanjang berada di pulau…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: