Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Bateriku, TowMe Asia mulakan kerjasama rentas sempadan

today9 July 2023

Background


SHAH ALAM – Bateriku (M) Sdn. Bhd. dan TowMe SG Pte. Ltd. (TowMe Asia) menandatangani Memorandum Perjanjian bagi membekalkan perkhidmatan kecemasan bantuan kenderaan secara atas permintaan (on demand) kepada lebih daripada sejuta pelanggan yang terdapat di dalam ekosistem kedua-dua buah syarikat.

Kerjasama rentas sempadan buat pemilik kenderaan di Singapura dan Malaysia ini menyediakan sokongan kepada pemandu yang memasuki kedua buah negara termasuk khidmat penggantian bateri, trak tunda, penggantian tayar, pengisian petrol dan perkhidmatan membuka kunci kereta.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku, Azarol Faizi, secara purata, 145,000 kereta bergerak merentasi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) setiap hari.

“Kerjasama rentas sempadan ini merupakan inisiatif yang kami percaya akan memberi manfaat kepada pemilik kenderaan di Malaysia dan Singapura,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, sempena majlis menandatangani perjanjian di Bateriku Pitstop JB City,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: ABDUL RAZAK IDRIS


Previous post

Sukan

JDT sengaja cabar FAM?

Kuala Lumpur: Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) tampaknya sengaja mencabar peraturan dan undang-undang saingan liga tempatan apabila sengaja membakar suar sebaik berakhirnya perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

today9 July 2023