Site icon Kool FM

Bekalan Air Selangor Tercemar & Terputus, Warga China Didenda RM10 Juta


Seorang lelaki warganegara China didenda RM10 juta dan penjara mandatori sehingga lima tahun atas pertuduhan melepaskan sisa kimia ke laluan air pedalaman, berhampiran kawasan perindustrian Jalan Kampung Orang Asli di Kuang, Selangor bulan lalu.

Memetik laporan Bernama, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaafar berkata lelaki berusia 42 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu yang menyebabkan kejadian pencemaran bau dan terhentinya loji rawatan air (LPA) Rantau Panjang dan Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 pada 23 Julai lalu.

Wan Abdul Latiff berkata, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 25(3) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 (AKAS) yang dibaca bersama Seksyen 251) akta sama.

Beliau berkata pihak pendakwaan diketuai oleh timbalan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version