Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bekalan Air Selangor Tercemar & Terputus, Warga China Didenda RM10 Juta

today10 August 2024

Background


Seorang lelaki warganegara China didenda RM10 juta dan penjara mandatori sehingga lima tahun atas pertuduhan melepaskan sisa kimia ke laluan air pedalaman, berhampiran kawasan perindustrian Jalan Kampung Orang Asli di Kuang, Selangor bulan lalu.

Memetik laporan Bernama, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaafar berkata lelaki berusia 42 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu yang menyebabkan kejadian pencemaran bau dan terhentinya loji rawatan air (LPA) Rantau Panjang dan Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 pada 23 Julai lalu.

Wan Abdul Latiff berkata, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 25(3) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 (AKAS) yang dibaca bersama Seksyen 251) akta sama.

Beliau berkata pihak pendakwaan diketuai oleh timbalan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Luar Negara

Israel serang sekolah, 100 terkorban

Istanbul: Lebih 100 rakyat Palestin terbunuh apabila tentera Israel mengebom sekolah Al-Taba'een di kawasan Al-Daraj, timur Bandar Gaza pada awal pagi Sabtu, lapor Agensi Anadolu. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today10 August 2024