Setiap kali menunaikan solat pasti akan diakhiri dengan salam iaitu berpaling ke kiri dan kanan. Rukun beri salam ini tidak mengelirukan sekiranya solat secara sendirian namun, ada yang keliru apabila solat berjemaah.
Adakah beri salam perlu selari dengan imam atau perlu tunggu sehingga habis? Berikut merupakan penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus.
Baca juga: Hukum Geng Lelaki Suka Bergurau Pegang ‘Anu’ Kawan, Jangan Sampai Kena Tumbuk!
WAKTU AFDAL BERI SALAM BILA SOLAT JEMAAH

Foto: Buku Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri
Memberi salam setelah selesai mendirikan solat merupakan rukun wajib. Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Kunci solat itu adalah bersuci, ihramnya adalah takbir dan yang menghalalkannya adalah salam.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Sementara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, Imam al-Nawawi menyebut bahawa salam yang pertama merupakan rukun dalam solat. Oleh sebab itu, ia wajib dilafazkan seperti kewajipan melafazkan takbiratulihram. Namun, ramai yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: