Bilangan perkahwinan penduduk negara ini merekodkan penurunan sebanyak 0.5 peratus iaitu 214,824 pada tahun 2022 berbanding tahun sebelumnya, 215,973. Laporan ini dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan turut mendedahkan bilangan perceraian melonjak sebanyak 43.1 peratus.
Kenapa begitu ramai orang nak bercerai dan mengakhiri hubungan perkahwinan?
Baca juga: Hukum Suami/Isteri Guna Panggilan ‘Ayah’ Dan ‘Ibu’, Mufti Jelas Sebab Ramai Tanya
BILANGAN PERKAHWINAN MENURUN, PERCERAIAN MENINGKAT

Menurut laporan yang diambil dari Sinar Harian, jumlah perceraian pada tahun 2022 adalah 62,890 berbanding 43,936 pada tahun 2021.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, penurunan bilangan perkahwinan ini disumbangkan oleh penurunan 4.1 peratus bilangan perkahwinan Orang Islam pada 2022 iaitu 168,726 berbanding 176,002 pada tahun 2021. Tiga negeri yang menunjukkan penurunan tertinggi perkahwinan orang Islam adalah Putrajaya iaitu 19.6 peratus…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: