Site icon Kool FM

BIMB catat untung RM704.2 juta


PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) mengumumkan Keuntungan Sebelum Cukai dan Zakat Kumpulan (PBZT) sebanyak RM704.2 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (TK2021), susut 3.3 peratus tahun ke tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, penurunan PBZT disebabkan oleh pendapatan bukan berasaskan dana lebih rendah dan perbelanjaan operasi lebih tinggi.

“Pendapatan bukan berasaskan dana menurun RM175.5 juta bagi TK2021, sebahagian besar disebabkan oleh pendapatan pelaburan lebih rendah, khususnya laba bersih lebih rendah daripada penjualan kertas pelaburan,” katanya dalam kenyataan.

Mohd. Muazzam menerangkan, pengurangan tersebut telah diimbangi oleh kerugian modifikasi lebih rendah berikutan penyediaan moratorium pembiayaan kepada pelanggan. 

Mohd. Muazzam

Kumpulan mengiktiraf kerugian modifikasi sebanyak RM48.9 juta bagi tempoh dalam tinjauan berbanding RM136.4 juta pada tahun sebelumnya.

Tambah beliau, bagi suku…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version