Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

BIMB catat untung RM704.2 juta

today28 February 2022

Background


PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) mengumumkan Keuntungan Sebelum Cukai dan Zakat Kumpulan (PBZT) sebanyak RM704.2 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (TK2021), susut 3.3 peratus tahun ke tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, penurunan PBZT disebabkan oleh pendapatan bukan berasaskan dana lebih rendah dan perbelanjaan operasi lebih tinggi.

“Pendapatan bukan berasaskan dana menurun RM175.5 juta bagi TK2021, sebahagian besar disebabkan oleh pendapatan pelaburan lebih rendah, khususnya laba bersih lebih rendah daripada penjualan kertas pelaburan,” katanya dalam kenyataan.

Mohd. Muazzam menerangkan, pengurangan tersebut telah diimbangi oleh kerugian modifikasi lebih rendah berikutan penyediaan moratorium pembiayaan kepada pelanggan. 

Mohd. Muazzam

Kumpulan mengiktiraf kerugian modifikasi sebanyak RM48.9 juta bagi tempoh dalam tinjauan berbanding RM136.4 juta pada tahun sebelumnya.

Tambah beliau, bagi suku…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Hiburan Semasa

Squid Game unggul di SAG Awards 2022

California: Siri Netflix, Squid Game mencipta sejarah apabila dua pelakonnya iaitu Lee Jung Jae dan Jung Ho Yeon masing-masing memenangi anugerah Pelakon Persembahan Terbaik Drama Bersiri untuk kategori lelaki dan wanita pada acara SAG Awards 2022. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today28 February 2022