“Pukul berapa nak balik?”
Sering kita dengar masalah si suami keluar melepak bersama kawan sehingga lewat malam dan tinggal anak bini tidur di rumah tanpa si suami. Ini adalah senario biasa kita lihat malah mungkin pernah dialami oleh pembaca.
Namun, sebuah video tular menunjukkan seorang isteri bertindak menerjah ‘port’ lepak suaminya untuk diminta pulang ke rumah dengan segera. Garangnya!
Video tersebut dimuat naik melalui ciapan twitter. Jom lihat bagaimana isterinya menuntut suaminya. Lucu dan garang ye!
Gangster mana pun lelaki, kalau bini suruh balik kau balik pic.twitter.com/XWdjqnB2GI
— SCENTA.HQ (@ScentaFragrance) January 28, 2021
Tak salah nak melepak tapi berpada-pada. Elakkan setiap malam, cukup sebulan sekali untuk cari me time. Jadi, kami ingin kongsikan renungan untuk para suami…
- Utamakan isteri kerana isteri perlukan pelindung lebih-lebih lagi pada waktu malam. Manakala, kawan-kawan kita mungkin mempunyai kawan-kawan yang lain.
- Jika betul-betul untuk keluar bersama rakan, sebaiknya bawa isteri supaya tidak membiarkan isteri berseorangan di rumah atau jika tidak sesuai kurangkan kekerapan keluar malam.
- Isteri mudah terasa sunyi bila ketiadaan suami. Mungkin ada pasangan bila dekat bercakaran tapi percayalah, bila jauh, rindu!
Hidup ini singkat. Bayangkan jika esok lusa pasangan kita pergi meninggalkan kita. Hargai dan luangkan masa bersama selagi masih punya waktu.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Hampir Sedekad Diburu, Raja Dadah Asia ‘El Chapo’ Akhirnya Tumpas
[VIDEO] Gadis Ini Akui Lebih Suka Kawan Dengan ‘Geng Lelaki’ Sebab Perempuan Complicated
Sumber: twitter
Post comments (0)