PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan langkah-langkah interim bagi menangani isu kenaikan mendadak premium produk insurans/takaful perubatan dan kesihatan (MHIT).
Menurutnya dalam kenyataan, bagi membantu menghadapi kesan pelarasan premium MHIT, penanggung insurans dan pengendali takaful (ITO) akan melaksanakan perubahan premium yang diagihkan (spread out) disebabkan oleh inflasi tuntutan perubatan untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun, kepada semua pemegang polisi yang terkesan disebabkan oleh penetapan semula premium.
“Langkah ini akan dilaksanakan sehingga akhir tahun 2026. Menerusi langkah ini, sekurang-kurangnya 80 peratus pemegang polisi dijangka menghadapi pelarasan premium tahunan yang disebabkan oleh inflasi tuntutan perubatan sebanyak kurang daripada 10 peratus.
“Selain itu, bagi pemegang polisi yang berumur 60 tahun ke atas dan dilindungi di bawah pelan minimum bagi produk MHIT yang dibeli, ITO akan menangguhkan pelarasan premium…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: