

PETALING JAYA: Cameron Highlands mendahului senarai bandar paling bahagia di negara ini, diikuti Jeli (Kelantan) dan Jerantut (Pahang).
Indeks Kebahagiaan Malaysia 2024 pula meningkat 5.7 mata berbanding lima tahun sebelum ini, iaitu daripada 81.24% pada 2019 kepada 86.94% pada 2024.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, indeks ini diukur menerusi kaji selidik penduduk yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) bersama 144 pihak berkuasa tempatan (PBT).
Katanya, kaji selidik itu mendapati 71% rakyat Malaysia mencapai tahap bahagia, manakala 29% mencapai tahap sederhana bahagia, lapor Bernama.
“Ini menunjukkan kesejahteraan rakyat negara kita terpelihara melalui perkhidmatan yang diberikan oleh PBT dan penyediaan kemudahan yang menyumbang kepada persekitaran kehidupan selesa serta kondusif,” katanya kepada media…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: