Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Aktiviti Komuniti di Kool FM

85 Results / Page 8 of 10

Aktiviti Komuniti di Kool FM

Awasi penipuan yang menggunakan kumpulan sembang Telegram dan Whatsapp!

Awasi penipuan yang menggunakan kumpulan sembang Telegram dan Whatsapp! Pelabur dimasukkan ke dalam kumpulan Whatsapp / Telegram tanpa pelawaan. Scammer mendakwa diri sebagai pakar dan mempromosikan produk pelaburan yang tidak wujud. Kebanyakan ahli kumpulan sembang merupakan sebahagian daripada skim penipuan tersebut yang mengongsikan testimoni palsu dan bayaran diminta untuk didepositkan ke akaun bank keldai. Pesanan ini dibawakan khas oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Maklumat lanjut layari laman sesawang, www.sc.com.my sekarang!   […]

today10 March 2025

Aktiviti Komuniti di Kool FM

Kempen Tabung Pahlawan

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) sedang menganjurkan Kempen Tabung Pahlawan yang bertujuan untuk mengumpul dana kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tanggungan yang memerlukan bantuan disamping dapat memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar sentiasa prihatin dan menghargai pengorbanan Veteran ATM. Maklumat lanjut bagi sumbangan boleh layari jhev.gov.my atau Facebook: Tabung Pahlawan Veteran ATM.

today8 March 2025

Aktiviti Komuniti di Kool FM

PROGRAM TVET MICRO-C PERCUMA DI ILP MARANG

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang menawarkan program TVET Microdential (MICRO - C) secara percuma kepada lepasan SPM, SKM, DKM/DVM. Tingkatkan kemahiran dengan kursus 3 bulan secara percuma yang ditawarkan oleh ILP Marang. Antara kursus yang ditawarkan adalah:- 1. 𝑻𝒆𝒌𝒏𝒐𝒍𝒐𝒈𝒊 𝑷𝒐𝒍𝒊𝒎𝒆𝒓 (𝑴𝑰𝑪𝑹𝑶-𝑪 - 𝑭𝑼𝑵𝑫𝑨𝑴𝑬𝑵𝑻𝑨𝑳 𝑶𝑭 𝑰𝑵𝑱𝑬𝑪𝑻𝑰𝑶𝑵 𝑴𝑶𝑼𝑳𝑫𝑰𝑵𝑮 𝑷𝑹𝑶𝑪𝑬𝑺𝑺) 2. 𝑻𝒆𝒌𝒏𝒐𝒍𝒐𝒈𝒊 𝑴𝒆𝒌𝒂𝒕𝒓𝒐𝒏𝒊𝒌 (𝑴𝑰𝑪𝑹𝑶-𝑪 - 𝑰𝑵𝑫𝑼S𝑻𝑹𝑰𝑨𝑳 𝑨𝑼𝑻𝑶𝑴𝑨𝑻𝑰𝑶𝑵 𝑬𝑵𝑮𝑰𝑵𝑬𝑬𝑹𝑰𝑵𝑮 𝑺𝑬𝑹𝑽𝑰𝑪𝑬𝑺) 3. 𝑻𝒆𝒌𝒏𝒐𝒍𝒐𝒈𝒊 𝑴𝒊𝒏𝒚𝒂𝒌 𝒅𝒂𝒏 𝑮𝒂𝒔 (𝑴𝑰𝑪𝑹𝑶-𝑪 - 𝑶𝑰𝑳 & 𝑮𝑨𝑺 𝑷𝑰𝑷𝑬𝑳𝑰𝑵𝑬 𝑨𝑹𝑪𝑯𝑰𝑻𝑬𝑪𝑻𝑼𝑹𝑬) Antara kemudahan […]

today17 February 2025

Aktiviti Komuniti di Kool FM

PERMOHONAN BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN DIBUKA

Kementerian Perpaduan Negara melalui Yayasan Tunku Abdul Rahman akan membuka permohonan bagi Biasiswa Tunku Abdul Rahman bermula 8 Februari hingga 8 April 2025. Biasiswa Tunku Abdul Rahman ialah biasiswa Ijazah Sarjana Muda untuk pelajar berpotensi tinggi dan bercita-cita untuk menyumbang kepada pembangunan Malaysia. Permohonan boleh dibuat di laman sesawang www.yayasantar.org.my  

today11 February 2025

Aktiviti Komuniti di Kool FM

PERMOHONAN TABUNG BANTUAN SENI (TBS) KINI DIBUKA

Balai Seni Negara mengumumkan permohonan Tabung Bantuan Seni (TBS) 2025 kini dibuka kepada semua penggiat seni visual tanah air. Tabung Bantuan Seni diwujudkan sebagai usaha membantu para penggiat seni rupa, pelukis dan karyawan seni untuk mengikuti pelbagai bentuk program, kursus dan latihan atau menjalankan aktiviti-aktiviti seni sama ada dalam atau luar negara. Penilaian kertas kerja program dibuat secara berperingkat, 4 kali setahun iaitu 14 Februari, 16 Mei, 15 Ogos dan […]

today11 February 2025

Aktiviti Komuniti di Kool FM

PUSAT DARAH NEGARA RAYU ORANG RAMAI MENDERMA DARAH

Pusat Darah Negara (PDN) merayu orang ramai tampil menderma darah susulan bekalan darah di hospital seluruh negara pada tahap membimbangkan berikutan permintaan tinggi. Semua jenis kumpulan darah, termasuk yang jarang ditemui seperti RhD negatif, amat diperlukan ketika ini bagi memenuhi keperluan pesakit serta persiapan menghadapi Ramadan dan Aidilfitri. Penggunaan darah yang tinggi disebabkan ada golongan pesakit yang perlu menerima darah secara berkala, termasuk pesakit kanser serta talasemia. Orang ramai boleh […]

today11 February 2025

Aktiviti Komuniti di Kool FM

HEBAHAN KEMASUKAN PROGRAM PENGAJIAN PERCUMA – PROGRAM SIJIL PERIKANAN

Adakah anda berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang perikanan? Jangan lepaskan peluang menyertai Program Sijil Perikanan di Akademi Perikanan Malaysia (APM), Chendering, Terengganu! Program ini menawarkan yuran pengajian PERCUMA, elaun bulanan sebanyak RM200, elaun latihan industri sebanyak RM300, serta penginapan dan makan minum disediakan sepanjang pengajian. Syarat kelayakan mudah! Anda hanya perlu: Berumur antara 18 hingga 30 tahun, Sihat tubuh badan, Dan mempunyai kelulusan minimum SPM dengan lulus dalam Bahasa […]

today5 February 2025

Aktiviti Komuniti di Kool FM

PEMBUKAAN SEMULA ANJUNG BESTARI DAN WAKTU OPERASI PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA TAHUN 2025

Perpustakaan Negara Malaysia tampil dengan wajah baharu pada tahun 2025! Dengan ruang yang lebih selesa, teknologi terkini dan koleksi yang lebih luas, lebih segar dan lebih moden, kami menanti anda hadir ke PNM mulai 2 Januari 2025. Jom datang dan menikmati ruang baharu yang penuh dengan peluang untuk belajar, berkembang dan berjaya!

today2 January 2025

Aktiviti Komuniti di Kool FM

Jom Derma Darah di Pusat Darah Negara

Tahukah anda? Setiap 43 saat, satu beg darah diperlukan bagi menampung keperluan pesakit di Malaysia. Derma Darah, Selamatkan Nyawa! Anda boleh menderma darah di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur; Pusat Darah Negara, Donation Suite, Midvalley Megamall; Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10, Putrajaya atau di mana-mana kempen darah. Info lanjut, layari laman web rasmi Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia di www.pdn.gov.my

today26 December 2024