Tidak tahan godaan makanan musim perayaan, amalan diet terpaksa ditangguhkan
Sebanyak 66 peratus rakyat Malaysia yang terlibat dalam satu tinjauan berkaitan penjagaan kesihatan iaitu Talker Research, gagal mengawal diet menjelang akhir tahun dan 40 peratus daripada mereka mengakui bahawa punca kegagalan adalah disebabkan daripada godaan makanan semasa perayaan.