LSH catat perolehan RM67.42 juta
PETALING JAYA – Lim Seong Hai Capital Berhad (LSH) menerbitkan kenyataan kewangan audit pertamanya bagi tempoh kewangan berakhir (FPE) 30 September 2021 selepas penyenaraiannya di Pasaran LEAP akhir bulan Julai tahun lalu. Sepanjang tempoh tersebut, Kumpulan merekodkan perolehan RM67.42 juta, 40 peratus lebih tinggi berbanding RM48.12 juta yang dicapai pada FPE 30 September 2020. Pertumbuhan disumbang oleh peningkatan hasil daripada sewaan mesin dan agihan bahan bangunan, masing-masing pada RM10.02 juta […]