Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

4433 Results / Page 447 of 493

Ekonomi

Lindungi pemberi maklumat bantu perangi perdagangan haram

PETALING JAYA – Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang sedang dinilai semula dan bakal dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi adalah bertepatan dengan masanya bagi menggalakkan lebih ramai pemberi maklumat untuk melaporkan salah laku yang berlaku di organisasi awam dan institusi swasta. Pengasas dan Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah (ACFE) cawangan Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, satu kerangka kerja yang kukuh diperlukan bagi melindungi pemberi maklumat yang  […]

today2 December 2021

Ekonomi

Selangor setuju ECRL guna jajaran asal

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor secara rasminya bersetuju mengenai jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan menggunakan laluan asal projek berkenaan iaitu melalui Jajaran Utara. Jajaran tersebut merangkumi Jajaran Seksyen C ECRL yang melibatkan Seksyen C1 dari Mentakab ke Gombak dan Seksyen C2 yang merangkumi Gombak, Serendah sehingga Pelabuhan Klang. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan itu turut dipersetujui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bermesyuarat dua […]

today2 December 2021

Ekonomi

Duopharma Biotech tingkat kesedaran tentang autisme

PETALING JAYA – Duopharma Biotech Berhad (Duopharma Biotech) telah menyumbang sebanyak RM81,890 kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom) bagi menyokong usaha memupuk kesedaran mengenai autisme. Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech, Leonard Ariff Abdul Shatar berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM50,000 telah dikumpulkan menerusi kempen Kasihi Autisme Bersama Champs dan RM31,890 pula dikumpulkan daripada hasil jualan karya seni kanak-kanak autisme. “Duopharma Biotech menerusi jenama Champs gembira kerana dapat bekerjasama dengan Nasom […]

today2 December 2021

Ekonomi

Barangan terpakai semakin popular – Kosmo Digital

PETALING JAYA – Aspek praktikal dan gangguan akibat pandemik telah membuka laluan kepada kadar penerimaan yang lebih baik bagi barangan terpakai di Malaysia, menurut Laporan Indeks Perdagangan Semula (Recommerce) Carousell 2021 yang diterbitkan baru-baru ini. Pertumbuhan tersebut me­rentasi kategori fesyen, peralatan elektronik dan kenderaan.Pengurus Negara (Malaysia) Carousell, Tang Siew Wai berkata, pihaknya sentiasa menyasarkan untuk memberi nafas baharu kepada barangan yang jarang digunakan, sebagai satu cara mengurangkan pembaziran dan membantu […]

today2 December 2021

Ekonomi

Puhaz meterai MoU dengan lapan hotel di Tanah Suci

IPOH – Jemaah umrah yang me­laksanakan ibadah tersebut melalui Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah negeri Perak (Puhaz) bakal menikmati pengurusan umrah yang selesa menerusi pakej yang disediakan. Presiden Puhaz, Mohamad Ali Sabri berkata, perkhidmatan tersebut dapat diberikan menerusi kerjasama yang dimeterai dengan beberapa rakan strategik di Madinah dan Mekah baru-baru ini. Menurut beliau, pihaknya te­lah berada di sana selama 12 hari untuk membuat tinjauan dan pemeriksaan bagi membolehkan syarikat […]

today2 December 2021

Ekonomi

Gardenia lancar variasi baharu Black Forest, Karamel Masin

PETALING JAYA – Peminat makanan keluaran Gardenia Bake­ries (KL) Sdn. Bhd. (Gardenia) kini dapat menambah lagi pilihan produk melalui pelancaran ban coklat berkrim Gardenia QuickBites Gold. Di bawah jenama QuickBites yang telah dilancarkan pada bulan Julai lalu, syarikat kini menawarkan rangkaian roti krim premium baharu melalui dua variasi istimewa iaitu QuickBites Gold Black Forest dan QuickBites Gold Karamel Masin. Pengurus Pemasaran Gardenia, Lavinia Anthony berkata, dua variasi baharu itu bakal […]

today1 December 2021

Ekonomi

Inovasi, kreativiti tingkat daya saing usahawan

PETALING JAYA – Usahawan diminta sentiasa melatih diri dan berfikiran luar kotak agar perniagaan diusahakan berdaya maju serta berdaya saing dalam persekitaran dunia yang semakin mencabar. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kreativiti dan inovasi dalam penghasilan produk serta per­khidmatan merupakan dua elemen penting untuk mengekalkan jenama dalam pasaran, selain meningkatkan hasil jualan dan kepercayaan pelanggan. “F&B (makanan dan minuman) adalah antara industri yang sentiasa berinovasi bagi meme­nuhi […]

today1 December 2021

Ekonomi

MR D.I.Y. dinamakan Brand of the Year

PETALING JAYA – Peruncit kelengkapan rumah, MR D.I.Y. dianugerahkan Brand of the Year Regional Award pada maj­lis anugerah World Branding Awards 2021-2022 yang diadakan secara maya dari United Kingdom baru-baru ini. Anugerah berkenaan mengiktiraf jenama-jenama terbaik dunia atas hasil kerja dan pencapaian mereka berdasarkan penilaian jenama, penyelidikan pasaran serta undian awam secara dalam talian. Ini kali pertama MR D.I.Y. menerima anugerah tersebut pada peringkat serantau, selepas menerima National Award, yang […]

today1 December 2021

Ekonomi

300,000 veteran ATM bakal kuasai perniagaan digital

KUALA LUMPUR- Lebih 300,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal mendapat manfaat untuk meningkatkan status sosio ekonomi masing-masing melalui aplikasi dalam talian, MyVeteran Mall yang baru dilancarkan hari ini. Aplikasi yang bertujuan mewujudkan lebih banyak kemudahan dan peluang keusahawanan secara digital kepada komuniti veteran itu adalah projek yang dibangunkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) dengan kerjasama MIDC Technology Sdn. Bhd. kepada komuniti veteran ATM. Timbalan Menteri Pertahanan […]

today1 December 2021