Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

4433 Results / Page 448 of 493

Ekonomi

EPMB cadang penempatan persendirian dengan sasaran hasil RM56.9 juta

PETALING JAYA – EP Manufacturing Bhd (EPMB) mengumumkan cadangan penempatan persendirian yang bakal membolehkan Kumpulan meraih hasil kasar sehingga RM56.9 juta. Menurut maklumannya kepada Bursa Malaysia semalam,  Kumpulan akan menggunakan hasil tersebut untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran, melengkapi fasiliti kilang pengeluaran model kereta baharu dan membolehkan Kumpulan berkembang ke dalam perniagaan hartanah. Selain itu, EPMB juga bercadang untuk melaksanakan pelupusan dan pajakan balik untuk menjana hasil daripada pelaburan hartanahnya di Glenmarie […]

today30 November 2021

Ekonomi

Nikmati daging premium, harga mampu milik

PETALING JAYA – Secara kebetulan seorang usahawan yang sebelum ini memiliki berat badan lebih 100 kilogram dan sedang berusaha menjaga diet pemakanannya bagi mengelakkan da­ripada terjebak dengan penyakit diabetes serta obesiti lebih serius, telah berjaya membangunkan perniagaan unik berasaskan da­ging premium. Saheran Hamid, 45, telah me­laksanakan pelbagai jenis diet sehinggalah beliau menemui formula terbaik bersesuaian dengan tahap kesihatan dirinya untuk menurunkan berat badan kepada lebih 30 kilogram secara sihat hanya […]

today30 November 2021

Ekonomi

Agihan pendapatan ASN Imbang 1 sebanyak RM27.46 juta 

PETALING JAYA – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM27.46 juta untuk unit amanah harga berubah, ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 1 (ASN Imbang 1) bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2021. Sehingga 26 November lalu,  ASN Imbang 1 mencatatkan jumlah pulangan sebanyak 6.92 peratus, mengatasi penanda aras 50 peratus Indeks 100 Teratas FTSE Bursa Malaysia […]

today30 November 2021

Ekonomi

Genie sedia kelengkapan tidur khas untuk bayi

PETALING JAYA – Jenama kelengkapan bilik tidur, Getha memperkenalkan sub jenama baharu iaitu Genie yang memfokuskan kepada penyediaan kelengkapan tidur untuk bayi sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-52. Bagi tujuan tersebut, Getha membuka premis baharu Genie by Getha di pusat beli-belah Midvalley Megamall, Kuala Lumpur yang menawarkan rangkaian penuh produk Genie termasuk tilam dan katil bayi, bantal, cadar, selimut serta produk penjagaan kulit. Getha menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan di […]

today30 November 2021

Ekonomi

MBSB catat kerugian RM104.58 juta suku ketiga

PETALING JAYA – Malaysia Building Society Berhad (MBSB) mencatat kerugian selepas cukai bagi suku ketiga tahun (3Q21) kewangan berakhir 30 September 2021 sebanyak RM104.58 juta daripada keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM403.41 juta pada suku kedua tahun 2021 (2Q21). Tambahan kerugian ­pengubahsuaian sebanyak RM146.97 juta telah direkodkan pada 3Q21 berbanding RM13.2 juta pada 2Q21 kerana subsidari utama, MBSB Bank Berhad berterusan memberikan moratorium dan lain-lain bantuan pembayaran semula kepada pelanggan […]

today30 November 2021

Ekonomi

LaundryBar tawar potensi perniagaan bernilai tinggi

SEMBANG KORPORAT PETALING JAYA – Jika 10 tahun dahulu, mencuci pakaian di kedai adalah sesuatu yang janggal kerana rata-ratanya masyarakat mempunyai mesin basuh di rumah. Namun, sejak pengenalan dobi layan diri sekitar tahun 2013 oleh City Coin Laundry Sdn. Bhd. melalui jenama LaundryBar, segmen tersebut semakin popular, menjadi salah satu keperluan pengguna dan juga menawarkan peluang perniagaan berpotensi kepada usahawan baharu. Manakan tidak, dengan tawaran cucian lebih pantas, menjimatkan masa […]

today29 November 2021

Ekonomi

THR kurangkan kadar merokok – Kosmo Digital

PETALING JAYA – Komuniti perubatan di Malaysia, menerusi persidangan pengurangan kemudaratan tembakau (THR) yang julung kali diadakan di negara ini baru-baru ini sebulat suara menyeru agar peraturan diwujudkan bagi ekosistem THR. Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM), Dr. Steven Chow berkata, meskipun persidangan tersebut mengetengahkan pelbagai pandangan yang berbeza, ia berjaya mencapai persetujuan bahawa kemudaratan daripada merokok adalah isu sejagat yang telah lama wujud dan perlu ditangani secara […]

today29 November 2021

Ekonomi

Al Islah bina empayar bantu kanak-kanak daripada keluarga B40

PETALING JAYA – Niat menguruskan pusat tahfiz seringkali disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga imej murninya dianggap negatif pada pandangan masyarakat. Melihat kepada kanak-kanak berkeliaran menjual produk dan menjadi peminta sedekah me­rayu bantuan orang ramai juga mencalar imej institusi pengajian tersebut dan sehingga kini ada individu hidup mewah atas penderaan mental dan fizikal ke atas kanak-kanak tersebut. Menangkis segala tohmahan dan pandangan negatif masyarakat terhadap institusi mulia itu, seorang usahawan […]

today29 November 2021

Ekonomi

Bank Islam lulus kemudahan pembiayaan RM360 juta

PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) telah meluluskan kemudahan pembiayaan berjumlah RM360 juta untuk Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) dan Selgate Healthcare Sdn. Bhd. (Selgate) untuk perolehan, pengeluaran dan pengedaran vaksin sebagai sokongan kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, pihaknya  sentiasa bersedia untuk memberi sokongan yang diperlukan pelanggannya termasuklah meluluskan kemudahan pembiayaan bagi membantu syarikat terlibat dalam rantaian bekalan berkaitan […]

today28 November 2021