Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

4438 Results / Page 453 of 494

Ekonomi

Uthmaniah melabur RM3 bilion di Cyberjaya

SHAH ALAM – Uthmaniah Pro­perties Development Sdn. Bhd. (Uthmaniah) melabur kira-kira RM3 bilion untuk membangunkan Bandar Perubatan Uthmaniah di Selangor Cyber Valley, Cyberjaya. Projek yang melibatkan kawasan seluas 10.8 hektar itu akan mengambil masa selama lima tahun untuk disiapkan dan bakal menempatkan Pusat Kanser Antarabangsa Uthmaniah (UICC). Pengerusinya, Datuk Ahmad Tarmizi Mohamad berkata, pusat kanser itu dijangka dibina seawal bulan Februari tahun depan. “Selain UICC, turut dibina di bandar ini […]

today17 November 2021

Ekonomi

Figura mahu lahirkan jutawan tahun depan

PETALING JAYA – Figura (M) Sdn. Bhd. (Figura), pengeluar produk penjagaan kesihatan, mengunjurkan produk terbaharunya, Figura S dan Figura bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada pasaran tempatan dan khususnya daripada kumpulan sasarannya. Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Mohd. Hafiz Mohd. Khalid berkata, buat masa ini, dua produk berkenaan mencatat jualan sehingga RM1.1 juta selepas empat bulan syarikat mula beroperasi. Bersandarkan kepada perkembangan baik tersebut, syarikat menyasarkan hasil jualannya akan bertambah sekali ganda dalam […]

today17 November 2021

Ekonomi

Pos Malaysia catat rugi RM40.5 juta

PETALING JAYA – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM40.5 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 September 2021 berbanding kerugian yang lebih tinggi dalam suku sebelumnya iaitu RM119.4 juta. Penurunan kerugian tersebut ekoran pelaksanaan pelan pemulihan yang dilaksanakan kumpulan termasuk pengurusan kos yang ketat. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer berkata, pendapatan bagi suku ketiga menurun sebanyak 13.9 peratus berbanding tempoh sama […]

today17 November 2021

Ekonomi

Straits Energy meterai MoU dengan Baicells

PETALING JAYA – Straits Ener­gy Resources Berhad (Straits Energy) telah memeterai memorandum persefahaman dengan Baicells Technologies Co., Ltd (Baicells). Kerjasama tersebut bertujuan untuk memacu peluang perniagaan komunikasi rangkaian tanpa wayar yang semakin berkembang bagi pelancaran 4G dan 5G serta transformasi digital industri minyak dan gas (O&G) melalui internet kebendaan (IoT) di Malaysia dan serantau. Baicells adalah syarikat antarabangsa, menyediakan penyelesaian akses NR 4G LTE dan 5G inovatif teknikal yang menghubungkan […]

today17 November 2021

Ekonomi

Bank Islam perluas program bantuan untuk pelanggan B50

PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) berkongsi tekad untuk membantu pelanggan yang memerlukan sokongan berhubung komitmen bulanan mereka melalui penawaran Program Pengurusan Kewangan dan Ketahanan (Urus) bermula kelmarin. Permohonan dibuka sehingga 31 Januari 2022 buat pelanggan B50 dan Bank Islam akan menyediakan prapemprosesan permohonan Urus sebelum diserahkan kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk semakan dan kelulusan selanjutnya. Setelah mengemukakan permohonan lengkap kepada AKPK, bank akan memaklumkannya […]

today17 November 2021

Ekonomi

Penjenamaan baharu Aafiyat Group – Kosmo Digital

PETALING JAYA – Aafiyat Group, kumpulan berteraskan kesihatan, kesejahteraan dan kebajikan holistik, telah memuktamadkan proses penstrukturan organisasi korporatnya dan juga penjenamaan semula identiti korporat baharu sebagai jenama induk kumpulan syarikat ber­kenaan. Presiden Kumpulan, Aidil Azwal Zainudin berkata, pelancaran penjenamaan semula identiti korporat baharu Aafiyat itu menandakan satu lagi kejayaan yang dicapai setelah sedekad bertapak di pasaran. Menurut beliau, penstrukturan baharu ini memaparkan struktur korporat yang kompleks tetapi teguh dengan Aafiyat […]

today16 November 2021

Ekonomi

Bufet makanan laut di Iconic Hotel Penang

JURU – Kebenaran rentas negeri dan banyak lagi sektor ekonomi dibuka seiring kejayaan Malaysia mencatat kadar pengambilan vaksin populasi dewasa sehingga 97 peratus telah memberi peluang kepada industri perhotelan berperingkat-peringkat pulih daripada pandemik Covid-19. Selain mencatat kadar tempahan hotel yang semakin meningkat baik, banyak pemain dalam industri berkenaan turut membuka kafe dan restoran di premis masing-masing selain menawarkan promosi menu makanan kepada pengunjung. Iconic Hotel Penang yang terletak di lokasi […]

today16 November 2021

Ekonomi

Peluang melabur dalam skim durian pertama di Malaysia

PETALING JAYA – Durian Capital Berhad (Durian Capital), syarikat pengurusan pertanian moden tempatan, melancarkan Skim Pelaburan Durian Capital yang memberi peluang kepada masyarakat menyertai lanskap pelaburan pertanian yang lumayan di negara. Skim pelaburan durian pertama di Malaysia yang dilesenkan di bawah Akta Skim Kepentingan 2016 oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia itu bakal menawarkan pelaburan minimum kepada pelabur runcit dan institusi sebanyak RM10,000 seunit. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Afiq Johar berkata, skim tersebut […]

today16 November 2021

Ekonomi

Pesanan bapa realisasikan misi Sailajah jadi jutawan

Platform PKS PETALING JAYA – Semua ibu bapa mahu melihat anak-anak­nya berjaya membina kerjaya atau perniagaan yang diusaha­kan bagi mengubah nasib keluarga­ untuk kesenangan anak cucu dan cicit serta ge­nerasi masa depan. Tiada istilah merungut, letih dan berkira dengan segala je­rih perih yang diusahakan bagi membesarkan anak-anak sebaik mereka dilahirkan ke dunia hinggalah anak-anak itu menjadi dewasa dan mampu berdikari. Pelbagai pengorbanan dilakukan tanpa meminta dihitung nilainya selain berdoa, berpesan […]

today15 November 2021