Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

4453 Results / Page 480 of 495

Ekonomi

Malaysia Airlines unjur pemulihan akhir 2022

PETALING JAYA – Malaysia Airlines menjangkakan industri penerbangan domestik akan kembali beroperasi secara aktif pada suku keempat tahun ini, sebelum mencapai pemulihan kepada paras sebelum pandemik menjelang akhir tahun 2022. Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Ahmad Luqman Mohd. Azmi berkata, penerbangan antarabangsa pula akan mengambil masa lebih lama untuk pulih sepenuhnya, mungkin sekitar tahun 2023 atau awal tahun 2024. Jelasnya, cabaran terbesar Kumpulan ketika itu adalah untuk mengembalikan kapasiti dan tahap […]

today27 August 2021

Ekonomi

Aspirasi pelepasan sifar bersih TNB menjelang tahun 2050

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) mengumumkan hala tuju kelestariannya de­ngan aspirasi mencapai pelepasan sifar bersih (net zero emissions) menjelang tahun 2050. Hasrat tersebut dipacu komitmen mengurangkan intensiti pelepasan sebanyak 35 peratus serta pengurangan 50 peratus kapasiti penjanaan tenaga menerusi arang batu menjelang 2035. TNB komited memastikan pendapatan daripada loji arang batu tidak melebihi 25 peratus daripada keseluruhan pendapatannya. Pada awal tahun ini pula, ia menyatakan komitmen untuk tidak […]

today27 August 2021

Ekonomi

Trafik penumpang udara dijangka susut 80 peratus

PETALING JAYA – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menyemak semula ramalan trafik bagi penumpang udara 2021 kepada penguncupan antara 77 peratus dan 80.2 peratus tahun ke tahun, yang diterjemahkan kepada 5.3 juta hingga 6.1 juta penumpang. Pengerusi Eksekutif Mavcom, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata, menerusi Laporan Industri Waypoint edisi ke-9, semakan semula itu perlu dibuat setelah mempertimbangkan faktor muatan lebih rendah serta tempoh pemulihan kapasiti tempat duduk yang lebih lama oleh […]

today27 August 2021

Ekonomi

MA Analytics bekerjasama dengan tiga syarikat utama dari Turki

PETALING JAYA – MA Analy­tics Sdn. Bhd. (MA Analytics) telah memeterai memorandum persefahaman dengan tiga buah syarikat dari Turki bertujuan untuk bekerjasama dalam memajukan industri pertahanan negara pada Pameran International Defence Industry (IDEF 2021) di Tuyap Fair, Turki baru-baru ini. Tiga syarikat pertahanan antarabangsa itu terdiri daripada Makina Kimya Endustrisi Kurumu (MKE), Katmerciler dan IVEO Defence. MA Analytics adalah syarikat tempatan yang terlibat di dalam bidang pertahanan, tenaga dan telekomunikasi. […]

today27 August 2021

Ekonomi

Matrix sasar jualan RM1.2 bilion tahun 2022

SEREMBAN – Keuntungan bersih Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix) meningkat dua peratus kepada RM31.7 juta melalui  jumlah hasil yang dicatat berjumlah RM163.4 juta pada suku pertama tahun 2022.  Pengerusinya, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin berkata, keuntungan tersebut didorong oleh permintaan yang tinggi dalam hartanah,  pengurangan perbelanjaan penjualan dan pemasaran sebanyak 15.6 peratus bagi menjimatkan kos sesuai dengan faktor penutupan sektor tertentu dalam tempoh pandemik Covid-19. “Syarikat kini berada pada landasan […]

today27 August 2021

Ekonomi

Sime Darby Property rekod jualan RM1.3 bilion

PETALING JAYA – Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) mencatat rekod jualan sebanyak RM1.3 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2021(H1 TK2021), tumbuh  83.9 peratus berbanding jualan sebanyak RM712.5 juta yang dicapai dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.  Pada tempoh kewangan tersebut, Kumpulan mencatat peningkatan pendapatan dan PBT sebanyak 42.8 peratus dan 227.4 peratus  masing-masing kepada RM1.1 bilion dan RM152.3 juta masing-masing berbanding H1 TK2020.  Keuntungan […]

today27 August 2021

Ekonomi

Affin Bank catat untung lebih tinggi

PETALING JAYA – Kumpulan Affin Bank Berhad (ABB) mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat yang tinggi sebanyak  RM282.2 juta untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2021 berbanding RM267.9 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, keuntungan sebelum cukai yang tinggi tahun ke tahun sebanyak  5.3 peratus itu dipacu oleh pendapatan faedah bersih yang meningkat  iaitu sebanyak 26.4 […]

today27 August 2021

Ekonomi

Perkeso anjur forum antarabangsa – Kosmo Digital

PETALING JAYA – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal menganjurkan International Public Employment Forum 2021 (IPEF 2021) bertujuan untuk membantu mempersiapkan orang ramai terutamanya golongan majikan, pekerja dan pencari kerja dengan maklumat serta berkongsikan amalan terbaik bagi membina semula kehidupan pasca pandemik Covid-19. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, forum antarabangsa yang dianjurkan secara maya itu bakal menghimpunkan tiga program berbeza di bawah satu bumbung dan ia akan diadakan secara serentak bermula 6 […]

today26 August 2021

Ekonomi

CBP bayar dividen 6.7 peratus

PETALING JAYA – Co-opbank Pertama (CBP) membuat pembayaran dividen berjumlah RM58 juta bagi tahun kewangan 2020 yang mana merupakan jumlah tertinggi tercatat dalam sejarah penubuhan CBP sejak tahun 1950. Pengerusi CBP, Kamari Zaman Juhari berkata, jumlah pembayaran dividen bagi tempoh berkenaan naik sebanyak 28.7 peratus berbanding RM45.3 juta tahun sebelumnya. “Kadar dividen bersih bagi tahun 2020 adalah sebanyak 6.7 peratus bagi syer keutamaan iRCPS dan enam peratus bagi syer biasa. […]

today26 August 2021