Kadar IHP naik 2.2 peratus pada Julai
PUTRAJAYA – Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur inflasi utama meningkat 2.2 peratus pada Julai lalu kepada paras 122.5 berbanding 119.9 bulan sama tahun sebelumnya. Bagi perbandingan secara bulanan pula, IHP menurun sebanyak 0.6 peratus berbanding Jun tahun sama. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan sederhana ini antaranya disebabkan oleh diskaun bil elektrik bulanan yang diberikan kepada pengguna domestik di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi […]