Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Aktiviti Komuniti di Kool FM

Derma Darah di Pusat Pendermaan Darah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

today6 February 2026

Background

Pusat Pendermaan Darah HSAJB ingin menyeru kepada orang ramai untuk hadir menderma darah segera memandangkan stok darah mengalami pengurangan yang agak ketara berbanding keperluan yang tinggi kebelakangan ini.

Sila hadir ke Pusat Pendermaan Darah HSAJB Jalan Mahmoodiah atau mana-mana tabung darah yang berdekatan anda. Sila layari page Jadual Kempen Derma Darah Johor Bahru di Facebook untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan lokasi dan waktu operasi pendermaan.

Dengan 1 beg darah yang anda dermakan, anda mampu menyelamatkan 3 nyawa yang lain. JOM DERMA DARAH. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh Pusat Pendermaan Darah HSAJB.

 

 

 

Written by: Ainaa


Previous post