PETALING JAYA – Dewan Perniagaan Datuk Dato’ Malaysia (DPDDM) dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (Insken) telah menganjurkan majlis penyerahan Anugerah Usahawan Madani 2024 yang meraikan seramai 60 tokoh usahawan daripada pelbagai bidang.
Presiden DPDDM, Datuk Seri Nor Hasnal Hashmi berkata, Anugerah Madani ini adalah inisiatif pertama bersama INSKEN yang bertujuan untuk merapatkan hubungan antara usahawan-usahawan di seluruh negara.
“Anugerah ini diberikan berdasarkan kapasiti dan pencapaian yang telah kami analisis sepanjang tahun 2024. Ia merangkumi pelbagai kepakaran, daripada golongan profesional sehingga separa mahir, untuk memberikan galakan dan inspirasi kepada generasi baru,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis tersebut di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Nor Hasnal menyatakan, dewan perniagaan tersebut menyasarkan untuk melahirkan 1,000 usahawan dalam tempoh enam bulan akan datang melalui…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: