Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

DSV Minta Maaf Selepas Buat Tuduhan Tidak Benar Terhadap Anuar Zain

today27 January 2022

Background




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Sejak kelmarin, video TikTok Datuk Seri Vida tular di media sosial dimana memaparkan jutawan komestik tersebut menggelar Anuar Zain sebagai gay. Lantaran itu, Datuk Seri Vida telah menerima kecaman netizen.

Berikutan isu tersebut, Datuk Seri Vida menafikan dakwaan kononnya dia melabel Anuar Zain sebagai seorang lelaki gay dan mengatakan terpulang kepada penerimaan netizen yang menonton video berkenaan. Terbaharu, Datuk Seri Vida telah tampil memohon maaf atas isu yang berlaku.

Menerusi video yang dimuatnaik olehnya di Instagram, Dato Seri Vida memohon maaf atas kekhilafan, salah faham dan juga jika terguris hati dengan kenyataannya kepada keluarga, peminat dan Anuar Zain.

Tambahnya, beliau tidak berniat melakukan dakwaan tersebut dan juga mengatakan dirinya sangat meminati Anuar Zain. Malah, Dato Seri Vida berharap dapat berjumpa dengan Anuar Zain kerana mempunyai ‘hajat’.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nur Syamimi


Previous post

Ekonomi

BSN MyRinggit-i Banjir agih bantuan lebih RM221 juta

PETALING JAYA – Bank Simpanan Nasional (BSN) meluluskan 22,887 permohonan bantuan BSN MyRinggit-i Banjir dengan nilai pinjaman le­bih RM221 juta. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, bantuan tersebut telah mendapat sambutan yang baik daripada mangsa banjir dan permohonan masih dibuka sehingga 31 Januari ini. “Mereka yang terkesan akibat banjir boleh memohon dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui laman web BSN dan mengemukakan dokumen yang lengkap serta sahih. “Dokumen tersebut adalah […]

today27 January 2022