Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

Dulu Ceria Tapi Kini Hanya Mampu Terbaring, Ibu Tak Sangka Anak Diserang Influenza A Hingga Rosak Otak

today30 October 2025


Dugaan berat yang dilalui oleh Siti Nur Shafiqa Suraini, 31, apabila anak sulungnya, Muhammad Aish Irfan Mohammad Hakeem, 3 tahun, disahkan menghidap Acute Necrotising Encephalopathy of Childhood (ANEC), sejenis kerosakan otak teruk berpunca daripada jangkitan Influenza A.

Tiada yang lebih meruntun jiwa seorang ibu selain melihat anak yang dahulunya aktif, berlari dan ketawa riang, kini hanya mampu terlantar tanpa daya…

Baca juga: “Anak Syurga Saya Lahir Tanpa Jari” – Kisah Ibu Reda Diuji Dengan Bayi ‘Robert Syndrome’ Sentuh Hati Ramai

Bermula Dengan Demam Biasa, Berakhir Di Unit Rawatan Rapi Selepas Jangkitan Influenza A

jangkitan influenza A

Menurut Siti Nur Shafiqa, anaknya sebelum ini merupakan kanak-kanak yang sangat aktif dan petah berbicara malah sudah mampu menyebut huruf A hingga Z serta mengenal warna dengan baik.

“Malam itu dia masih bermain dan minum susu seperti biasa. Tapi sekitar jam 4.30 pagi, dia tiba-tiba menangis kuat, muntah dan suhu badannya naik mendadak hingga 39.8…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Anis Affandi


Previous post