Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Eksport Malaysia naik 6.8% Mac lalu

today18 April 2025

Background


PETALING JAYA – Prestasi perdagangan Malaysia pada bulan Mac 2025 mencerminkan ketahanan dengan peningkatan eksport yang stabil, meskipun berlaku penurunan dari segi import yang menggambarkan cabaran di dalam ketidakstabilan ekonomi, menurut Jabatan Perangkaan hari ini.

Jumlah dagangan mencatat pertumbuhan 2.2 peratus kepada RM249.9 bilion, hasil daripada pertumbuhan eksport yang stabil (+6.8 peratus) kepada RM137.3 bilion, manakalaimport mengalami penurunan 2.8 peratus kepada RM112.6 bilion.

Imbangan dagangan pula menunjukkan prestasi yang lebih kukuh, meningkat 94.4 peratus kepada RM24.7 bilion.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin menekankan bahawa pertumbuhan eksport Malaysia didorong oleh peningkatan dalam eksport domestik dan eksport semula.

“Eksport domestik, yang merangkumi 80 peratus daripada jumlah eksport, meningkat 5.6 peratus kepada RM109.9 bilion, manakala eksport semula yang menyumbang 20 peratus selebihnya berkembang 12.1 peratus kepada RM27.4 bilion…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post