Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Elak Ditarik Bank, Suami ‘Kantoi’ Pasang Nombor Plat BMW Isteri Pada MPV Mewah

today28 January 2025

Background
Elak Ditarik Bank, Suami Pasang Nombor Plat BMW Isteri Pada MPV Mewah


Demi kereta MPV mewah elak ditarik pihak bank, seorang lelaki sanggup memasang nombor plat kereta isteri pada kereta tersebut.

Bagaimanapun tindakan lelaki itu ‘terkantoi’ selepas dia ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Sungai Buloh-Shah Alam, petik laporan New Straits Times.

Baca Juga:

Lelaki berusia 36 tahun itu memandu Toyota Alphard kira-kira jam 11.51 pagi sebelum ditahan oleh pegawai JPJ.

Pengarah JPJ Selangor Azrin Borhan berkata ketika kejadian, suspek bersama isteri dan anaknya menghadiri pameran pertahanan diri di sebuah pusat beli-belah di Subang.

Elak Ditarik Bank, Suami 'Kantoi' Pasang Nombor Plat BMW Isteri Pada MPV Mewah
Sumber Gambar: Facebook JPJ Negeri Selangor

“Semakan awal mendapati suspek mempunyai lesen memandu tamat tempoh pada 2028.

“Pegawai kami menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu dan mendapati ia menggunakan plat yang tidak sepadan dengan jenama dan model kenderaan yang didaftarkan.

“Siasatan lanjut mendapati suspek telah menggunakan plat kenderaan berkenaan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post