Kerja-kerja pembinaan akan bermula dari 5 hingga 20 Julai ini. Kontraktor projek, Setia Utama LRT 3 Sdn Bhd (SULRT3), memaklumkan penutupan lorong dan lencongan trafik itu akan dilakukan bermula jam 11 malam hingga 5 pagi, membabitkan tiga peringkat.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, bagi peringkat pertama, lorong paling kiri dan tengah Lebuhraya Persekutuan (arah Klang) akan ditutup dari 5 hingga 6 Julai ini.
Dalam tempoh penutupan itu, satu lorong akan disediakan untuk pemandu yang menghala ke Klang.
“Bagi peringkat kedua, laluan cepat di Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur dan Klang) akan ditutup dari 12 hingga 13 Julai.
“Semasa penutupan, dua lorong akan disediakan untuk pemandu yang menuju ke arah Kuala Lumpur dan Klang.
“Bagi peringkat tiga, lorong paling kiri dan tengah Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur) akan ditutup dari 19 hingga 20 Julai, dan satu lorong akan disediakan untuk pemandu yang menuju ke Kuala Lumpur,” kata mereka.
SULRT3…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
