Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Federal Highway’ Bakal Ditutup Secara Berperingkat Bagi Tujuan Kerja Pembinaan LRT3

today4 July 2024

Background


Kerja-kerja pembinaan akan bermula dari 5 hingga 20 Julai ini. Kontraktor projek, Setia Utama LRT 3 Sdn Bhd (SULRT3), memaklumkan penutupan lorong dan lencongan trafik itu akan dilakukan bermula jam 11 malam hingga 5 pagi, membabitkan tiga peringkat.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, bagi peringkat pertama, lorong paling kiri dan tengah Lebuhraya Persekutuan (arah Klang) akan ditutup dari 5 hingga 6 Julai ini.

Dalam tempoh penutupan itu, satu lorong akan disediakan untuk pemandu yang menghala ke Klang.

“Bagi peringkat kedua, laluan cepat di Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur dan Klang) akan ditutup dari 12 hingga 13 Julai.

“Semasa penutupan, dua lorong akan disediakan untuk pemandu yang menuju ke arah Kuala Lumpur dan Klang.

“Bagi peringkat tiga, lorong paling kiri dan tengah Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur) akan ditutup dari 19 hingga 20 Julai, dan satu lorong akan disediakan untuk pemandu yang menuju ke Kuala Lumpur,” kata mereka. 

SULRT3…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post

Hiburan Semasa

Ustaz Don Daniyal tidak bersiaran di radio

Kuala Lumpur : Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 40, buat masa ini tidak akan muncul dalam segmen Don Give Up di stesen radio Suria FM yang bersiaran setiap Jumaat menerusi slot Morning-Morning Suria dari jam 8 hingga 9 pagi. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today4 July 2024