Site icon Kool FM

Festival raya 96 jam tanpa henti himpunkan 200 usahawan di Shah Alam


PETALING JAYA – Festival jualan dan gaya hidup bertemakan Aidilfitri, Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 bakal melakar sejarah apabila berlangsung selama 96 jam tanpa henti Setia City Convention Centre, Shah Alam.

Festival anjuran bersama Pejabat Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor akan berlangsung dari 12 sehingga 16 Mac depan di pusat konvensyen tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Havoc Event & Management Sdn. Bhd., Datuk Muhammad Firdaus Nadxaman dan Faizul Mohd. Yusof berkata, penganjuran festival itu adalah sebagai platform berimpak tinggi yang bukan sahaja merancakkan sambutan Aidilfitri, malah memperkasa usahawan tempatan.

Malah kata mereka, ia akan mengukuhkan jaringan perniagaan serta mewujudkan ekosistem acara yang menyokong pertumbuhan ekonomi komuniti secara mampan.

“Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 bukan sahaja menjadi destinasi membeli-belah menjelang Aidilfitri malah berperanan sebagai platform menyokong usahawan tempatan, memperkukuh…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version