Demensia dan Alzheimer yang juga dikenali sebagai nyanyuk biasanya berlaku dalam kalangan warga emas serta tidak dapat dielakkan.
Namun tahap kesedaran yang rendah dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai penyakit ini menyebabkan banyak stigma dan salah tanggapan kerap berlaku terhadap pesakit Alzheimer.
Itu antara intipati filem pendek bertajuk ‘Sedetik Cahaya’ berkisar tentang kisah realiti dihadapi individu yang mengalami demensia.
Filem pendek arahan Zulkarnain Azhar ini diilhamkan daripada kisah benar rakan baiknya yang menjaga bapanya, seorang pesakit Alzheimer.
Kebiasaannya, tidak semua anggota keluarga yang mampu dan sanggup menjaga orang tua yang mengalami demensia atau penyakit Alzheimer.
Ini kerana, individu mengalami Demensia bukan sahaja menjadi pelupa malah boleh menjadi agresif secara lisan dan bertindak kasar secara fizikal terhadap orang lain di sekeliling mereka.
Demensia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
