Grab Malaysia & Coca-Cola Cipta Rekod Malaysia Dengan Konvoi 100 GrabCar Sempena Gawai Di Kuching
Kuching hari ini menjadi saksi kepada satu sambutan Gawai berskala besar apabila Grab Malaysia dan The Coca-Cola Company berjaya mencipta rekod baharu Malaysia Book of Records menerusi kategori 'KONVOI KERETA E-HAILING TERBANYAK DALAM PERAYAAN GAWAI'. Acara yang berlangsung sempena sambutan Gawai itu menyaksikan sebanyak 100 buah GrabCar, serta rakan-pemandunya, berkonvoi dari Waterfront Kuching menuju ke Kampung