KANGAR – Festival Kraf Utara (FKU) 2025 yang berlangsung selama 12 hari di Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis, Jalan Kuala Perlis di sini, menjadi pemangkin terbaik kepada usaha mengkomersialkan produk kraf tempatan ke peringkat antarabangsa.
Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Datuk `Ainu Sham Ramli berkata, usaha berkenaan disokong pengenalan elemen baharu dalam festival berkenaan, iaitu sesi padanan perniagaan melibatkan usahawan tempatan dan pembeli dari luar negara.
“Buat julung kali kita memberi fokus kepada aktiviti padanan perniagaan untuk membuka lebih banyak peluang pasaran bagi usahawan kraf tempatan.
“Dengan kerjasama rakan strategik, kita berjaya membawa wakil dari selatan Thailand dan negara jiran untuk menjalin hubungan terus dengan usahawan,” katanya kepada pemberita di Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis, di sini Sabtu lalu.
Turut hadir memeriahkan festival berkenaan ialah Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli dan Presiden Persatuan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
