Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

FKU 2025 lonjak usahawan ke pasaran antarabangsa

today28 July 2025

Background


KANGAR – Festival Kraf Utara (FKU) 2025 yang berlangsung selama 12 hari di Krafta­ngan Malaysia Cawangan Perlis, Jalan Kuala Perlis di sini, menjadi pemangkin terbaik kepada usaha mengkomersialkan produk kraf tempatan ke peringkat antarabangsa.

Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Datuk `Ainu Sham Ramli berkata, usaha berkenaan disokong pengenalan elemen baharu dalam festival berkenaan, iaitu sesi pada­nan perniagaan melibatkan usahawan tempatan dan pembeli dari luar negara.

“Buat julung kali kita memberi fokus kepada aktiviti padanan perniagaan untuk membuka lebih banyak peluang pasaran bagi usahawan kraf tempatan.

“Dengan kerjasama rakan strategik, kita berjaya membawa wakil dari selatan Thailand dan negara jiran untuk menjalin hubungan te­rus dengan usahawan,” katanya kepada pemberita di Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis, di sini Sabtu lalu.

Turut hadir memeriahkan festival berkenaan ialah Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli dan Pre­siden Persatuan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: SYED AZLAN SAYED HIZAR


Previous post