Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

FMM sokong pelaksanaan semula GST

today3 June 2022

Background


PETALING JAYA – Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) meng­alu-alukan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang membayangkan untuk memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar yang tidak membebankan rakyat.

Presidennya, Tan Sri Soh Thian Lai berkata, pihaknya berpanda­ngan GST adalah rejim cukai yang lebih telus dan berkesan berbanding cukai jualan dan perkhidmatan selain mampu memperluaskan asas hasil negara, seterusnya mengurangkan nisbah hutang kerajaan serta mempercepatkan langkah penyatuan fiskal.

“Berdasarkan tinjauan yang dijalankan FMM mengenai pe­ngenalan semula GST pada Mei 2020, sebanyak 499 syarikat yang memberi respons menyokong kuat GST kerana ia menyediakan struktur cukai lebih adil dan menghapuskan elemen pengkompaunan cukai yang se­ring ada pada SST.

“Eksport Malaysia juga akan menjadi lebih berdaya saing ke­rana tiada GST dikenakan ke atas eks­port barangan dan perkhidmatan, manakala kos GST ke atas input…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Kerjasama MPOB, EF perkasa pekebun kecil persendirian

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Earthworm Foundation (EF) memeterai satu memorandum perjanjian bagi memperkasakan pekebun kecil persendirian dalam Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) daripada aspek pengurusan alam sekitar dan hidupan liar serta melaksanakan amalan pertanian baik (GAP) seperti digariskan dalam Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

today3 June 2022