Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

F&NHB catat pendapatan RM5.25 bilion tahun 2024

today15 January 2025

Background


PETALING JAYA – Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) mencatat pendapatan RM5.25 bilion bagi setahun penuh tahun kewangan 2024 (TK2024) naik 4.9 peratus berbanding tempoh kewangan tahun sebelumnya.

Peningkatan tersebut disumbangkan oleh peningkatan jualan domestik oleh Food & Beverages Malaysia (F&B Malaysia) dan Food & Beverages Thailand (F&B Thailand), serta eksport ke Kemboja.

Keuntungan operasi Kumpulan untuk TK2024 pula meningkat 10.4 peratus kepada RM709.5 juta berbanding tahun sebelumnya.

Selain itu, keuntungan selepas cukai Kumpulan meningkat sebanyak 0.4 peratus tahun ke tahun kepada RM544.3 juta walaupun perbelanjaan cukai lebih tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif F&NHB, Lim Yew Hoe berkata, pencapaian Kumpulan pada TK2024 membuktikan ketahanan Kumpulan dalam persekitaran yang sentiasa berubah. 

Kumpulan itu telah mencapai keuntungan yang memberangsangkan dan berjaya mengekalkan kedudukan tunai yang kukuh walaupun berdepan kos permulaan yang lebih tinggi untuk usaha niaga…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Luar Negara

Presiden Yoon enggan beri keterangan

Seoul: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dilaporkan enggan memberi keterangan semasa sesi soal siasat pada Rabu, lapor Agensi Berita Yonhap. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today15 January 2025