Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Ganjaran Wang Kepada Pemberi Maklumat Pencemaran Sungai Selangor

today19 October 2020

Background

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kadar pencemaran kini mencatat bacaan 1 TON (Nombor Bau Nilai Ambang) dan bekalan hanya akan mula disalur selepas bacaan mencecah 0 TON.

Susulan itu, bekalan air terhenti di keempat-empat loji menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual membabitkan 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Bagaimanapun, Datuk Seri Amirudin menganggarkan gangguan bekalan air ini tidak berlanjutan lama apabila empat loji rawatan air (LRA) yang dihenti tugas dijangka mampu beroperasi semula dalam sikit masa lagi.

Dalam pada masa sama, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian, berkata ganjaran sebanyak RM20 ribu akan diberi jika maklumat yang diberikan berjaya membawa kepada penangkapan penjenayah alam sekitar itu sehinggalah mereka disabit kesalahan di mahkamah.

Kepada pesalah pula, mereka akan didenda minimum RM200,000 hingga RM1 juta, dan penjara tidak lebih tiga tahun.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Air Selangor kesan tompokan minyak di alur KL-Larut

Sanggup Minum Air Tandas Untuk Tunjuk Tahap Kebersihan

Sumber: BH

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Empat loji rawatan air kembali beroperasi

Kuala Lumpur: Empat loji rawatan air (LRA) yang menghentikan operasi awal pagi tadi kini sudah kembali beroperasi. LRA Sungai Selangor Fasa Satu, Dua, Tiga dan Rantau Panjang memulakan semula operasi jam 6 petang tadi. Air Selangor dalam kenyataan memaklumkan, pengguna di kawasan terjejas dijangka akan menerima semula bekalan air bermula jam 8 pagi esok. "Semua LRA berkenaan akan memaksimumkan pengeluaran dan memenuhi paip utama dan kolam terminal. "Air Selangor juga […]

today19 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *