Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Hanya Berlegar-Legar, Warga Emas Dapat 70K Sehari Dari Ihsan Orang

today5 November 2020

Background

Beberapa hari lepas tular satu ciapan di twitter tentang seorang makcik bernama Maznah berlegar-legar dalam keadaan sesak nafas kerana terpaksa mencari nafkah disebabkan suaminya dibuang kerja sejak Julai lalu.

Susulan itu, dengan kuasa viral pengguna twitter yang menggunakan nama samaran Awanis Rasdi meminta orang ramai menyumbangkan sedikit wang untuk kelangsungan hidup Makcik tersebut.

Namun, selepas ianya tular ada yang mengatakan Makcik tersebut menipu kerana akan ada seorang pemuda memerhati dari jauh yang akan ambil dan hantar dia di situ untuk meminta bantuan kewangan.

Sejauh mana kebenaran cerita tidak dapat dipastikan kerana ianya hanyalah perkongsian daripada pengguna di media sosial. Apa pun, jangan terus mempercayai sehingga ada bukti atau dapat sumber yang sahih.

Bagaimanapun, menurut ciapan twitter Khairul Azri, selepas disiasat dan berjumpa sendiri dengan Makcik Maznah untuk meminta keterangan lebih lanjut, dia mengatakan dalam masa 24 jam sejak kisahnya diviralkan, dia boleh dapat RM70 ribu ihsan dari orang ramai yang prihatin.

Berikutan itu, seorang lelaki, Mohd Fadli Salleh menceritakan satu persatu apa yang berlaku sebenarnya. Dia menulis 15 fakta tentang apa yang terjadi untuk orang semua faham.

Antaranya adalah, Makcik Maznah mengalami kesusahan hidup sejak tahun 2014 lagi dan suaminya bekerja sebagai tukang masak. Kemudiannya dihalau keluar rumah dan menyewa bilik sewa di mana perlu berkongsi bilik air.

 

Dari kisah ni, apa yang boleh disimpulkan jangan mudah percaya dengan orang. Cari jalan yang betul jika ingin menghulurkan bantuan. Ingat, di negara kita banyak badan dan pertubuhan bagi golongan asnaf dan fakir.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tipu Kaki Kudung Raih Simpati Mengemis, Rupanya Miliki 5 Aset Kediaman

“Makcik, Janganlah Buli Wanita Muda,” – Dr Amalina Bagi Penjelasan Soal Pantang Cara Moden

 

 

 

 

Sumber: facebook

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Johan Dion Cools

Sukan

Johan Dion Cools Kecewa FC Midtjylland Tewas Kepada Ajax Amsterdam

Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Johan Dion Cools nyata kecewa apabila FC Midtjylland tewas kepada Ajax Amsterdam dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Pada aksi yang berlangsung di MCH Arena semalam, Midtjylland ketinggalan dengan dua gol pada 15 minit pertama perlawanan apabila Ajax menjaringkan gol menerusi Antony dan Dusan Tadic. Anders Dreyer menjaringkan gol pada minit ke-18 namun keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan sekaligus memberi kemenangan kepada Ajax.... Klik untuk […]

today5 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *