Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita (EVAW) disambut pada 25 November setiap tahun di seluruh dunia. Sempena EVAW, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk sama- sama bertindak menghentikan sebarang bentuk keganasan terhadap wanita.
Bagi penduduk Kedah khususnya Langkawi, jom sama-sama ke Dataran Lang, Langkawi pada malam 24 November untuk menyaksikan nyalaan simbolik warna oren pada replika helang sebagai tanda solidariti menentang segala bentuk keganasan terhadap wanita. Majlis akan disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Zahirkan solidariti anda untuk menghentikan keganasan terhadap wanita dengan mengenakan pakaian oren pada hari berkenaan. Jom bersama-sama KPWKM memastikan persekitaran selamat untuk wanita Malaysia.