PETALING JAYA – HeiTech Padu Berhad (HeiTech) bersedia untuk menerajui transformasi digital merentasi pelbagai industri melalui penyelesaian digitalnya untuk pertumbuhan kewangan yang mampan.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Salmi Nadia Mohd Hilmey berkata, aspirasi Kumpulan adalah untuk menjadi penyedia teknologi digital menyeluruh dengan menawarkan penyelesaian holistik merangkumi penyelesaian bandar pintar, perkhidmatan perusahaan, teknologi penjagaan kesihatan, sistem tenaga dan kuasa, inovasi automotif dan teknologi pertahanan.
“Kami sedang mengatur dan mempertingkatkan tawaran kami untuk memenuhi keperluan pasaran hari ini yang semakin berkembang bagi memastikan kerelevanan dan daya saing.
“Melalui kepakaran dalam penyelesaian bandar pintar, kami menyasarkan untuk terus memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara melalui Internet Benda (IoT), Kepintaran Buatan (AI) dan analisis data,” katanya dalam kenyataan semalam.
Daripada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
