Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

HeiTech mahu jadi penyedia teknologi digital bersepadu

today2 July 2024

Background


PETALING JAYA – HeiTech Padu Berhad (HeiTech) bersedia untuk menerajui transformasi digital merentasi pelbagai industri melalui penyelesaian digitalnya untuk pertumbuhan kewangan yang mampan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Salmi Nadia Mohd Hilmey berkata, aspirasi Kumpulan adalah untuk menjadi penyedia teknologi digital menyeluruh dengan menawarkan penyelesaian holistik merangkumi penyelesaian bandar pintar, perkhidmatan perusahaan, teknologi penja­gaan kesihatan, sistem tenaga dan kuasa, inovasi automotif dan teknologi pertahanan.

“Kami sedang mengatur dan mempertingkatkan tawaran kami untuk memenuhi keperluan pasaran hari ini yang semakin berkembang bagi memastikan kerelevanan dan daya saing.

“Melalui kepakaran dalam ­penyelesaian bandar pintar, kami menyasarkan untuk te­rus memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara melalui Internet Benda (IoT), Ke­pintaran Buatan (AI) dan analisis data,” katanya dalam kenyataan semalam.

 

Daripada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Sukan

Lagu ‘Viva’ hentikan tangisan Ronaldo

Frankfurt: Tangisan Cristiano Ronaldo berakhir dengan sorakan kegembiraan ketika bintang Portugal itu bangkit daripada terlepas sepakan penalti di masa tambahan untuk menjaringkan gol dalam kemenangan dramatik pasukannya ke atas Slovenia pada pusingan 16 terakhir Euro 2024.

today2 July 2024