Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Hilang 53 Tahun, Dompet Kembali Ke Tuannya

today8 February 2021

Background
Dompet 53 Tahun Hilang

Siapa sangka selepas 53 tahun, ia boleh ditemukan semula? Kisah unik yang terjadi di San Diego ini mendapat perhatian apabila sebuah dompet telah dijumpai di Antartika berjaya ditemukan semula dan diserahkan kepada pemilik asalnya, Paul Grisham.

Menurut laporan tempatan, Grisham berkongsi cerita bahawa dompetnya itu telah tercicir semasa dia bertugas selama 13 bulan sebagai tentera laut di Antartika namun sudah terlupa mengenainya. Dia dan isteri tidak menyangka dapat ditemukan semula dompet berserta isi di dalamnya selepas 53 tahun hilang.

Difahamkan dompet tersebut mengandungi kad pengenalan tentera laut, lesen memandu, kad rujukan mengenai panduan yang perlu dilakukan semasa serangan bahan kimia, biologi dan atom, penyata cukai dan resit kiriman wang kepada isterinya. Tambah Grisham, dia sangat terharu kerana ramai pihak cuba menjejaknya untuk pulangkan semula dompetnya.

Paul bersama isterinya..

Sedikit tentang latar belakangnya, Grisham telah menyertai tentera laut pada 1948 telah menjadi juruteknik dan peramal cuaca. Pada 1967, dia dihantar ke Antartika bagi menyertai Operasi Deep Freeze yang turut disertai pasukan saintis. Selepas 13 bulan berada di laut, dia kembali ke keluarganya.

Difahamkan, dompetnya itu dijumpai di belakang almari berkunci pada 2014 semasa kerja-kerja merobohkan bangunan di stesen McMurdo dan Pulau Ross. Apabila dijumpai, dompet kulit coklat itu kini telah selamat dipulangkan melalui pos.

Pelbagai usaha untuk menjejaki Grisham telah dilakukan termasuk menggunakan emel, mesej Facebook dan surat. Ia diserahkan oleh Stephen Decato yang bekerja di agensi yang membuat kajian di Antartika dan anak perempuannya, Sarah Lindbergh semasa perjumpaan Kesatuan Perkhidmatan Cuaca Tentera Laut.

Grisham turut berkongsi tiada barang yang hilang dan dia sangat hargai usaha yang dilakukan oleh orang yang terlibat dalam proses kembalikan semula dompetnya itu.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

DBKL perkenal e-dompet bayar parkir di bahu jalan

Beli Petron Gasul bayar guna e-dompet

 

 

Sumber: Utusan Online

Written by: Adinna


Previous post

fifa-hq

Sukan

Hukuman Sekatan Perpindahan Bakal Menanti Melaka United

Baru-baru ini peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan berita pasukan Pahang yang diarah membayar US$1.2 juta (RM4.9 juta) kepada bekas pemain mereka, Mohamadou Sumareh kerana kegagalan melunaskan tunggakan gaji selama beberapa bulan. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memberikan tempoh selama 45 hari kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) untuk melangsaikannya dan jika tidak, mereka akan berdepan sekatan perpindahan serta pemotongan mata liga. Namun begitu, satu lagi... Klik untuk baca artikel […]

today8 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *