Tidak dinafikan setiap haiwan peliharaan akan ada perangai dan hobi tersendiri yang hanya tuan mereka sahaja yang tahu. Begitu juga dengan si kucing yang bernama Kee Kee ini.
Menurut tuannya, Georgia Careless, Kee Kee juga ada membawa pulang beberapa ‘tangkapan’ lain seperti stokin dan bikini.
Walaupun Kee Kee hanyalah seekor kucing, tetapi tindakannya telah menimbul rasa malu kepada Geogia.

Georgia berpendapat bahawa kucingnya, Kee Kee mungkin menyelinap masuk ke rumah jiran-jiran menerusi tingkap dan pintu yang terbuka termasuk juga pintu masuk untuk kucing dan anjing.
Tambah Georgia, dia juga pelik dan tidak pasti mengapa Kee Kee lebih suka mengambil seluar dalam berbanding barangan lain.

Georgia turut berkongsi antara penemuan hasil kutipan Kee Kee adalah bila mainan kecil dan bulu tangkis.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Pernah Dibelai Obama, Kucing ‘Penjaga’ Hagia Sophia Meninggal Dunia Pada Usia 16 Tahun
“Ah Sh*t!” – Tengok Apa Chef Wan Buat Bila Kucingnya Pecahkan Perhiasan Dari Turki
Sumber: Metro UK
Post comments (0)